Liz Gilbert (Julia Roberts) memiliki kesemuanya - suami, rumah, kerjaya - namun seperti ramai wanita, dia mendapati dirinya keliru dan masih tercari-cari apa sebenarnya dia inginkan dari kehidupan.
Kini berstatus solo, Gilbert membuat keputusan untuk keluar dari kepompong keselesaannya, dengan menjelajah seluruh dunia bagi mencari dirinya. Dalam pengembaraannya, dia mempelajari kenikmatan makan di Itali, kekuatan doa di India, dan ketenangan dalaman serta keseimbangan cinta sejati di Bali.
EAT, PRAY, LOVE adalah berdasarkan memoir Elizabeth Gilbert.
GUA mempunyai barangan eksklusif EAT, PRAY, LOVE untuk diberikan kepada mereka yang berjaya menjawab dengan tepat tiga soalan di bawah. Hantarkan penyertaan anda besertakan nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), alamat surat-menyurat dan nombor telefon bimbit.



