|
Tak payah nak teka-teka lagi. Nak tahu jawapannya ... ini dia. Mempersembahkan Amylea (Akademi Fantasia 3), Tomok (vokalis New Boyz), Pija (Mentor 2007), Nine (vokalis Coco), Ridzuan (pemenang anugerah Artis Harapan di AIM 2006), Rehana (Suara Emas Bintang RTM 2007), Simon, Esther, Aweera, Anith, Ayu dan Fifi - 12 peserta yang akan berentap di musim ketiga One In A Million (OIAM).
Berkesempatan menghadiri sidang akhbar Top 12 OIAM tengah hari tadi, di mana kesemua peserta telah diberi peluang menonjolkan bakat nyanyian mereka kepada para media yang hadir, GUA sejujurnya harus katakan, I was blown away. Tidak dinafikan yang keenam orang artis kita yang lebih berpengalaman itu memang boleh menyanyi.
Namun, enam lagi Top 12 yang lain walaupun berstatus amatur tapi persembahan mereka gempak sekali. GUA tidak sangka. Jika sebelum ini, GUA pernah menyoal keputusan juri, kali ini mereka telah memilih 12 peserta yang benar-benar berbakat. Dan yang pasti, jika kesemuanya memperlihatkan pretasi persembahan yang sebegini atau lebih baik lagi bila bermulanya pertandingan secara serius minggu depan, musim ketiga OIAM menjanjikan persaingan yang paling sengit sejak penubuhannya tiga tahun lalu.
Bermula Jumaat minggu depan, mereka akan beraksi secara 'live' di Sri Pentas 2, Shah Alam. Bagi mereka yang lebih suka menonton di rumah, siaran bermula pada pukul 9.30 malam di 8TV.
Finalis OIAM juga akan menjelajah beberapa negeri di Semenanjung. Jika ingin menyaksikan mereka, jangan lupa ke lokasi-lokasi berikut:
21 Feb: Plaza Alam Sentral, Shah Alam @ 2pm
7 Mac: Batu Pahat Mall, Johor @ 3pm
21 Mac: Mahkota Parade, Melaka @ 2pm
4 April: Alor Setar Mall, Kedah @ 2pm
18 April: Berjaya Times Square @ 2pm
25 April: Sungei Wang Plaza @ 1pm
Seperti musim sebelumnya, Marion Caunter dan Awal Ashaari kekal sebagai hos sementara panel juri terdiri daripada Paul Moss dan Syafinaz Selamat. Musim ini juga melihat penyertaan Ning Baizura sebagai mentor vokal, Pat Ibrahim selaku mentor persembahan pentas, Juita Abdul Jalil sebagai mentor persembahan dan Yuaz sebagai pelatih vokal.
Untuk mengetahui para finalis OIAM dengan lebih dekat, jangan lupa menonton 'OIAM Diaries Teaser' dan 'OIAM Diaries', yang ke udara setiap Isnin, Selasa dan Jumaat bermula 23 Februari, jam 9.30 malam dan 11.30 malam.
Bermula 2 Mac, anda juga boleh berchatting dengan finalis yang tersingkir setiap Isnin di www.guamuzik.com.my atau mendengar FlyFM semasa Rush Hour.
Untuk maklumat terkini tentang OIAM dan para finalis, anda boleh layari www.8tv.com.my atau www.facebook.com/group. Anda juga boleh menerima maklumat ini melalui telefon bimbit anda. Hanya taip ON 8TV dan hantarkan pada 22700 (Maxis) atau 36400 (Digi).

|