EntertainmentShowbiz

"Arwah Tidak Berdiskriminasi"

by Li Ee Kee | 13 Aug 2009
  • Share

Hidup mati di tangan Tuhan. Sebagai makhlukNya, kita hanya mampu redha dengan ketentuanNya. 

Pemergian mengejut Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim, vokalis kumpulan nasyid terkenal Rabbani pada ketika ramai yang masih berkabung atas kematian arwah Yasmin Ahmad hampir tiga minggu lalu. Seorang demi seorang dipanggilNya pulang.

Bila dikhabarkan seorang teman melalui SMS tentang pemergian Allahyarham, GUA seakan tidak percaya. Tetapi tiada yang lebih terkejut dari rakan sekerja GUA, Miya Zainal.  


Baru petang semalam, Miya bersama kru produksi GUA telah menemuramah arwah dan ahli-ahli Rabbani yang lain di syarikat produksi mereka di Bandar Manjalara, Kepong, KL untuk program ‘Sembang Selebriti’ sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba.

“Memang terkejut bila saya terbaca status seorang rakan di Facebook pagi tadi. Saya pun call dia untuk dapatkan kepastian,” cerita Miya. 

“Kami baru berjumpa semalam dan pagi ini arwah sudah tiada. Tapi melihat pada gayanya semalam, arwah nampak diam, gelisah dan adakalanya termenung saja.”


Dalam temuramah selama sejam itu, arwah berkongsi cerita tentang sejarah Rabbani dan perjalanan seni mereka selama 12 tahun ini serta perancangan masa depan mereka. Selain merancang untuk mengeluarkan album terbaru, dua hari lalu mereka telah menandatangani perjanjian dengan Hotel Singgahsana untuk mengadakan persembahan sepanjang bulan Ramadhan ini.

Mengenang pertemuannya dengan arwah, Miya mengambarkan Allahyarham sebagai seorang yang baik.

“Ini pertama kali Miya interview arwah. Tapi dia memang baik. Percakapannya lembut dan tiada diskriminasi dalam layanannya walaupun Miya tidak bertudung dan perwatakan tu, adalah giler-giler sikit.

“Terkilan juga kerana arwah tak sempat melihat program ini ke udara. Selepas temuramah, arwah asyik bertanya bila program ni nak keluar.

“Kita sudah kehilangan satu permata dalam industri muzik nasyid. Arwah telah membawa banyak pembaharuan dalam muzik nasyid, dari klasikal ke kontemporari.”



  

Comment
 
By Haslina   8/21/2009 1:39:05 PM
PEMERGIAAN MU AMAT KU RASAI..amat sedih sesedihnya mendengar berita pemergiaan beliau..selama beberapa hari saya sentiasa terkenangkan arwah..bila teringat pasti mengalir air mata..sedih,hiba..Ya Allah tempatkanlah beliau di kalangan hamba2 mu yg beriman..ahli2 syurga..untuk menghilangkan rasa sedih ni..saya telah pun menghadiahkan bacaan yassin untuk ust.Asri..alhmdulillah rasa sedih ini telah hilang..HANYA PADA MU KAMI KEMBALI YA ALLAH..
By yeng   8/20/2009 8:32:53 AM
al-fatihah dr yeng n family... takziah kpd family 2 ustaz, kum.rabbani... semoga roh ustaz dicucuri rahmat... " setiap insan pasti merasa... saat perpisahan bermula...yang pergi tak kan kembali.......
By zamyna   8/17/2009 4:45:25 PM
Al-fatihah utk ustaz Asri. Semoga di tempat kan bersama golongan2 org yg beriman. Sy tk pernah jmp ustaz, ustaz pn tk pnh,knal dgn sy..tp bl sy dpt th ustaz tlh tiada, rs sedih,sebak sgt.sprti khlngn saudara sndiri..
By mimie   8/17/2009 3:35:54 PM
AL FATIHAH.. tlalu sdh dgn pemergiannye.. ntah la nk ckp mcm mane... air mata xhenti2 ble dgr lagu nasyid yang arwah nyanyikan.. insaf memikirkan ajal maut xkira usia, waktu dan tempat.. same2 lah kite bertaubat dan banyakkan amal sempena ramadhan yang akan menjelma tiba.. ramadhan n syawal tahun ni agak hambar, tiada lagi laungan azan, bacaan al quran dan takbir raya dari arwah.. sebak dan hiba...
By lily89   8/17/2009 12:40:59 PM
terasa hiba bla mendengar brite ini..perjuangan arwah dlm berdakwah melalui nasyid sungguh berkesan di jiwa dengan lagu2nya.semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.semoga rohnya dcucuri rahmat oleh Allah SWT.al fatihah.
By tasga   8/17/2009 11:23:37 AM
sukar mencari pengganti...
By bobo   8/17/2009 9:31:56 AM
betol2 susah lorh mau cari insan versetail mcm Ustz Asri nieh,aq tabik giler pd arwah,dia salah sowg insan yg aq jd'n contoh dlm idup aq,AL-FATIHAH >>PEACE bro!
By CahayaNur   8/17/2009 6:57:40 AM
daripada DIA kita datang, kepada DIA kita kembali. Moga allahyarham Ust. Asri tenang dan selamat di alam sana. Kehilangan arwah begitu terasa.....salam takziah buat keluarga arwah....
By nurul   8/16/2009 11:01:55 AM
al-fatihah dan takziah diucapkan kpd kuarga arwah ustaz...saya berasa kehilgan seorg permata yg amat bernilai dlm industri nayd tp itulah dktakan ketentuan ilahi..DIA yg beri kita hidp dan dia yg ambl nyawa kta..jd kta yg mash hidup kne terskan jg...alfatihah skali lgi buat beliau dan smoga rohnya disana bersama dgn org2 yg beriman dan bertaqwa...AMIN
By ria   8/15/2009 4:23:36 PM
alfatihah..pemergian beliau diiringi dengan doa para peminat khususnya di malaysia. lunak suara beliau sewaktu melafazkan takbir raya amat dirasa tahun ini...
MORE COMMENTS: 1  2  3  4  5  
Total Comments: 10 of 42
Add your comment

Name

Email

Comment

 

Related Stories
  1. Ustaz Asri Rabbani Meninggal Dunia
  2. Amy Search, Mawi Berganding Dengan Rabbani
 
Video Call
Gua Muzik