Baru-baru ini, Nike telah melancarkan jersi terbaru juara EPL Manchester United buat musim 2009/10. Jersi ini akan dipakai pemain-pemain Man U ketika perlawanan menentang Malaysia pada 18 Julai nanti di Stadium Bukit Jalil.
Buat fans Man U, anda boleh mendapatkan jersi ini di kedai-kedai Nike bermula 16 Julai nanti. Jika anda tidak mahu berputih mata, anda juga boleh membuat tempahan awal dari 1-13 Julai ini di kedai-kedai Nike di Sunway Pyramid, Pavilion KL, Mid Valley Megamall, Suria KLCC, One Utama, serta di kedai-kedai Al-Ikhsan di Bukit Bintang Plaza, Sunway Pyramid, Alamanda and Shah Alam.
Kepada yang membuat tempahan awal, anda juga berpeluang memenangi tiket ke perlawanan Malaysia v Man U, pas untuk menyaksikan sesi latihan dan bertemu dengan bintang-bintang Man U di acara eksklusif Nike5 nanti.

|