LifestyleFashion, Health & Beauty

Lagi-Lagi Tudung Siti

by gua.com.my | 18 Mar 2009
  • Share

Pada tarikh 26 April 2008, Datuk Siti Nurhaliza telah membuat pengumuman di satu sidang akhbar eksklusif bahawa beliau akan mengekalkan imej berselendang iaitu menutup sebahagian daripada rambutnya dan bukannya bertudung. Menurut Siti, “Siti bukanlah memakai tudung tetapi lebih kepada memakai seledang.”

“Soal bertudung ini, Siti sebenarnya ingin lakukannya secara perlahan-lahan. Siti masih dalam proses menyesuaikan diri dengan penampilan baru ini,” tambah beliau ketika di sidang akhbar berkenaan.

Isu tudung di Malaysia ini merupakan satu topik yang sensitif kerana ianya bersangkut-paut dengan tuntutan agama. Keikhlasan Siti dalam mengenakan selendang sering dipertikaikan para peminat yang inginkan Siti mengenakan tudung secara sempurna seperti Waheeda, Ekin, Azizah (TV3) dan Sheila Rusly sebagai contohnya.

Ditanya tentang wujudnya cakap-cakap orang yang tidak menggemari cara beliau mengenakan ‘tudungnya’, Siti mengambil sikap tidak ambil pusing. Katanya “Semua ini Siti lakukan bukanlah kerana sesiapa tetapi hanyalah kerana Allah.“

Masa beredar begitu pantas sekali dan kini sudah menghampiri setahun Siti muncul dengan imej berselendang. Ada ketika penggayaan selendang Siti  menampakkan rambut dengan banyak sekali dan ada ketika hanya jambul yang ditonjolkan seperti kebanyakan wanita Iran. Di sepanjang tempoh ini, bertali arus komen dan pendapat yang diluahkan oleh warga Malaysia tentang imej yang dipertontonkan Datuk Siti Nurhaliza.

Rata-rata ramai wanita dan lelaki yang tidak bersetuju dengan sikap “acuh tak acuh” Siti dalam mengenakan selendang atau tudung di kepala.  Nampaknya majoriti masyarakat Malaysia tidak bersetuju dengan pendirian Siti untuk seolah-olah duduk di atas pagar, tidak mengenakan tudung pun bukan dan memakai tudung pun bukan. Mungkin Siti akan membuat keputusan muktamad dalam satu masa yang terdekat ini, siapa yang tahu?

Buat masa ini, GUA ingin imbas kembali fesyen selendang yang digayakan penyanyi kesayangan Malaysia ini.

 Gaya tudung atau selendang tidak menutup leher ini masih membolehkan Datuk Siti mengenakan anting-anting untuk menambah seri penampilan.

 Kulit wajah Siti menyerlah dengan selendang merah yang menampakkan sedikit rambut ala ahli politik Malaysia. 

 Sewaktu pelancaran album baru Siti. sebahagian rambut ditonjolkan dengan imej selendang moden yang melilit merentasi tubuh.

 Berwajah cantik, mengenakan apa sekali pun kecantikan Siti tidak dapat dilindungi, cuma Siti kelihatan berusia dengan penggayaan yang begini.

 Mungkin inilah imej yang dinanti-nanti peminat Datuk Siti Nurhaliza di pelusuk Malaysia. Keanggunan Siti tidak dapat disangkal lagi dengan tudung litup yang cukup sempurna.



  

Comment
 
By fifi   3/22/2009 2:12:13 PM
to kiki.........kenapa mesti bagi contoh 'girl bertudung dari kelantan yg buat maksiat'.......at least klu nak bg contoh...jangan la sebut negeri sebab girl bertudung dari negeri lain pun banyak gak wat maksiat...isu negeri ni isu sensitif...you anti-kelantan ke....ape2 pun...siti lebih cantik bertudung litup....
By erin   3/22/2009 2:03:36 PM
x bohlah gago2 kitek orang ya..bukan nya kitak orang bagus gilak..
By liyana   3/22/2009 10:49:06 AM
bg sya ct lebih cantik memakai tdung.dri tak pakai tundg.nampak lbh sopan.kan.sya doakan semoga ct dapat mngatasi semua gosip yng melanda.k good luck.ASSALAMUALAIKUM.
By arm   3/22/2009 10:34:42 AM
apa ler ko kiki,ko ingat just girl kelantan yg bertudung jer ker wat maksiat??girl negeri lain pun sama ler..maknanya negeri bukannya penentu sikap, but the way u think and mind set..org bgtau sebab syg kat siti tue,memang susah ler kalu kita pk negative site..
By mawar   3/22/2009 9:37:49 AM
pakai tudung pun nak tunggu sesuaikan diri dulu..payah sgt ke pakai tudung tu??lalalala
By leeza9931   3/22/2009 3:33:56 AM
segalanya depend.. pokoknya niat lah.. tapi adakala kita kena fikir, andai apa yg kita lakukan menjadi ikutan, kita harus renungkan semula.. andai betul tindakan kita, tidak mengapa dijadikan ikutan. ustaz saya pernah berkata pada saya, mungkin kita tidak biasa bertudung, namun andai kita amalkan, lama-kelamaan kita kan biasa dgnnya...
By ngapan   3/22/2009 2:23:17 AM
janganlah ktk org gago ngan siti..lantak lah mun nya mok paker ka sik..iboh digago hal org lain... cermin lok drikpn... x semua org perfect ba... mok berik statement ka pendapat iboh over2 ba.. kamek mok nanyak kitak nok diatas ya, kitak org sempurna ka?? suci?? x pernah polah dosa?? mun ko nang alim gilak ak tabik lah coz kitak org brani menjaikkan nam org.. mun kitak org al kadar jak,, x guna!!! bait duk diam n x boh gago hal org len!!!!
By cutie   3/22/2009 1:46:46 AM
apa2 pun.tak payahlah korang sibuk2 nak bg komen.dia dah berkahwin so laki dia yg kene tanggong .lantaklah
By me   3/22/2009 12:27:22 AM
mmm kalau tak nak bertudung...jgn bertudung..siti ni byk pengikut..kang ada plak bdk2 yg bertudung...jd kan stail "bertudung" siti tu stail baru diorg..masalah tu...so siti kena pk laaa...sy ni mmg peminat siti,tp sgt la tak ske dgn gaya baru dia..bertudung terus laa kalau btl nak wat saesuatu krn Allah.Rasanya kalau niat betul,Allah takkan sekat rezeki siti.Alaaa sian dah besau,pandai pk sendiri laa!
By AK   3/21/2009 11:58:15 PM
Kiki, boring ar ko ni. Kubur memang lain2 tapi kalau tak nasihatkan yang mana patut, x pasal kena pukul pasal dia nanti, bukannya dia boleh datang tolong pun. Dan jgn ar mention orang kelantan plak! Yang jelas tudung tu wajib. Kalau dah pakai buat benda tak senonoh, at least dia pakai do.
MORE COMMENTS: 1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  16  17  18  19  20  21  22  23  24  25  26  27  28  29  30  31  32  33  34  35  36  37  38  39  40  41  
Total Comments: 10 of 402
Add your comment

Name

Email

Comment

 

 
Video Call
Gua Muzik