12 GUA - Dafi Panas Baran!

7 Aug 2012, 12:00am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Ketika Dafi menyertai program realiti Akademi Fantasia, dia digilai oleh ramai remaja perempuan. Saban minggu Dafi mendapat undian tinggi walaupun kadangkala persembahannya agak mengecewakan. Itulah kelebihan anak muda ini.

Wajahnya yang comel dengan lesung pipit menawan membuatkan ramai yang sayang dan jatuh hati kepadanya. Malah, ramai yang berlumba-lumba ingin mengenali Dafi dengan lebih dekat. Kali ini, GUA berikan 12 perkara menarik tentang Dafi pula. Kalau anda peminat tegar Dafi, masih belum terlambat untuk ambil tahu ok!

1)    Senang naik berat badan. Ketika bersekolah berat Dafi pernah mencecah 85 kilogram.

2)    Dafi bukan seorang yang happy go lucky atau suka tertawa. Sebaliknya dia seorang yang panas baran.

3)    Sangat beremosi apabila melihat orang-orang tua yang terabai dan dalam kesusahan.

4)    Jarang tidak suka dengan seseorang. Tapi kalau sudah tidak suka, Dafi akan membenci sehingga tidak mahu melihat wajahnya.

5)    Ketika bersekolah, Dafi sering ponteng kelas. Namun, dia murid yang disenangi guru.

6)    Pernah juga meniru ketika peperiksaan di sekolah, tapi tidak pernah tertangkap.

7)    Seorang yang ‘gila’ gajet. Dalam tempoh tiga tahun, dia sudah menggunakan 50 jenis telefon bimbit. Terkini, dia menggunakan BlackBerry Porshe Design.

8)    Kereta pertama selepas bergelar artis ialah Perodua Kelisa. Kini mengidamkan Lamborghini pula.

9)    Mempunyai teman wanita pada 2007. Kini kembali solo.

10)    Mahu berkahwin pada umur 30 tahun dan mengidamkan sebuah majlis berskala besar.

11)    Tujuh tahun berdiet sebab hendak jaga berat badan.

12)    Filem tempatan terakhir yang ditonton, Ombak Rindu. Manakala filem luar negara, The Amazing Spider-Man.






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad