ABPBH2011 - Aaron Tak Puas Hati?

9 Apr 2012, 09:16am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Majlis penganugerahan dunia hiburan paling berprestij di Malaysia, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) sudah pun melabuhkan tirainya malam tadi dengan menyaksikan pelakon terkenal, Aaron Aziz dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2011.

Walaupun berjaya merebut gelaran Bintang Paling Popular dan juga Pelakon Filem Lelaki Popular, namun pelakon kelahiran Singapura yang ditemui ketika majlis post-party di Coffee Terrace, Hotel Genting ini telah melahirkan ketidakpuasan hatinya mengenai satu perkara.

“Saya tak puas hati sebab saya tak dapat berterima kasih kepada semua pihak yang bertanggungjawab ke atas kejayaan saya. Kalau boleh saya putar balik masa, saya akan gunakan masa yang ada untuk berterima kasih kepada isteri saya, keluarga dan rakan-rakan media.

“Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan produksi serta artis-artis yang pernah bekerjasama dengan saya antaranya dalam Ombak Rindu, Nora Elena, Badai Semalam dan banyak lagi,” ujar Aaron mengakui tidak menjangka dengan kemenangannya itu.

“Ini kali pertama saya menang di ABPBH dan semua ini memang di luar jangkaan saya. Ini kerana peluang saya untuk diiktiraf memang tipis kerana persaingan kali ini memang hebat-hebat belaka. Malah, saya sendiri ingatkan Zizan, Najwa Latif atau Shaheizy Sam yang akan bawa pulang anugerah ini.

“Apa-apapun, saya rasa bahagia dan gembira sangat kerana saya tak menghampakan Aaronators dan juga keluarga saya yang ingin melihat kejayaan saya di sini. Saya percaya, kemunculan Aaronators yang bertungkus lumus mengundi saya juga salah satu sebab kemenangan saya pada ABPBH kali ini. Dan sebagai tanda menghargai sokongan mereka, anugerah ini untuk mereka semua.”

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)