Aaron Berani Tunjuk Permit Kerja

15 May 2012, 12:09am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

“Kalau sekarang mereka nak tengok permit saya pun tak ada hal,” ujar Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011), Aaron Aziz menjawab mengenai isu Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi yang mencabar pihak Imigresen dan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) untuk menyemak semula kemasukan artis-artis luar yang bekerja di negara ini.

“Imigresen pun dah kenal saya, sebab banyak kali saya pergi ke sana tampal permit saya. Mereka juga dah tahu saya selalu ke sana bagi mohon permit untuk pembantu rumah saya. Namun, bila ada yang cakap pihak Imigresen tidur, tak buat kerja, jadi saya tak gembiralah sebab mereka dah banyak tolong saya,” ujar Aaron ketika ditemui di Butik Rafflesia, Hotel Park Royal, petang semalam.

Mengulas mengenai tindakan Zed Zaidi mengusulkan perkara tersebut, Aaron memberitahu, “Dia boleh mencadang apa saja. Bila pihak persatuan nak bertindak, saya tak boleh nak cakap apa-apa sebab ini melibatkan undang-undang. Bagi saya, jika pihak Puspal atau sesiapa saja nak minta saya punya permit, mintalah, kerana itu satu perkara yang bagus. Namun, bukan hanya dari bidang dalam industri ini saja, bagi saya semua bidang mereka harus periksa.

Tambah pelakon filem Ombak Rindu ini, “Saya pun tak boleh main-main, sebab anak-anak nak sekolah di sini. Ini melibatkan anak-anak dan cukai, misalnya jika saya tak bayar cukai pun, tak kan saya nak abaikan anak-anak sekolah. Kita juga kena bayar rumah, kereta, jadi jika tidak ada permit macam mana nak buat semua itu. Bagi saya, kita tak boleh ambil jalan pintas,” ujar Aaron mengakhiri perbualan.

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)