Aeril Zafrel - Wawa Zainal Dah Kahwin, Miliki Cahaya Mata?

6 Oct 2013, 01:41pm   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Sah Nikah! - Begitulah tajuk muka depan akhbar sisipan Berita Harian, BiPop hari ini dengan berlatarbelakangkan wajah Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.

Pendedahan eksklusif ini dibuat selepas siasatan yang dilakukan BiPop. Hasil siasatan turut mendapati pasangan ini sudah memiliki seorang cahaya mata lelaki berusia enam minggu.

Mengikut laporan BiPop, Aeril dan Wawa sebenarnya sudah diijabkabulkan pada 4 Februari, menurut tarikh pendaftaran pernikahan mereka di Pejabat Agama Islam Daerah Petaling.

Kebetulannya, Wawa dikatakan mula 'menghilangkan diri' sekitar masa yang sama. Namun penjelasan yang diberikan pelakon drama 'Cinta Qaseh' ini, dia kerap pulang ke kampung di Lahad Datu, Sabah untuk berehat dan berubat kerana terkena penyakit misteri.

Seorang bayi seberat 3.12kg yang dilahirkan pada 24 Ogos, jam 9.25 pagi, di Roopi Medical Centre, Jalan Dato Haji Eusoff, Damai Complex, Kuala Lumpur dan diberikan nama Ahmad Fakharuddin Attar - seperti yang didaftarkan dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) - kononnya berkait rapat dengan nama penuh Aeril dan Wawa.

Nama bapa bayi direkodkan sebagai Suhairil Suhari, dipercayai nama sebenar Aeril. Data peribadi yang diberikan menyerupai data peribadi Aeril di mana tarikh lahirnya diketahui umum sebagai 2 Disember 1988. Nama ibu si kecil diberikan sebagai Nur Hawa Zainal Abidin, turut dipercayai nama sebenar Wawa dengan tarikh lahir sama, 12 Mac 1992.

Laporan terperinci BiPop juga mendedahkan bahawa nama Ahmad Fakharuddin Attar tidak asing kepada Aeril dan Wawa kerana ia merupakan nama watak Aeril dalam filem '99 Kali Rindu' yang juga menampilkan Wawa sebagai heroin-nya.

Penafian Aeril

Sebelum ini, bila diminta mengulas tentang gosip yang dikeluarkan sebuah stesen radio swasta tentang seorang aktres yang telah selamat melahirkan anak dan suaminya dikatakan seorang aktor yang cukup popular dengan drama yang ditayangkan pada waktu petang, seakan merujuk kepada dirinya dan Wawa, Aeril dipetik memberitahu akhbar Kosmo, "Itu hanyalah kata-kata tanpa sebarang bukti yang sahih."

"Jika saya nafi atau komen lebih-lebih, orang memang tidak akan berhenti bercakap," sebelum menegaskan dirinya masih lagi belum berkahwin, sekadar kahwin dalam drama sahaja.

Mengenai cerita kononnya Wawa telah hamil, Aeril mohon jangan disebarkan cerita tanpa bukti, yang akan memburukkan orang lain. "Andai ada bukti sekalipun dan cerita itu sahih, jika dikeluarkan menjadi aib kepada tuan punya badan, tidak boleh juga dikeluarkan. Jika tidak benar, lagi berdosa dan harus meminta maaf kepada Wawa."

Aeril turut sempat menjelaskan status mereka berdua hanyalah sahabat baik dan saling mempercayai antara satu sama lain. "Tidak dinafikan dan tipulah kalau kata kami tidak berjumpa. Jika dia berada di Kuala Lumpur, kami akan keluar makan bersama, tetapi sekarang dia berada di kampungnya di Sabah kerana sedang berubat."

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad