Anugerah Melodi 2013 - Dato’ Siti Nurhaliza Tetap Jadi Pilihan

12 Aug 2013, 01:29pm   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza tetap menjadi pilihan nombor satu peminat apabila dipilih untuk memenangi kategori Artis Wanita Pilihan di Anugerah Melodi 2013.

Anugerah di mana kuasa mengundi terletak sepenuhnya di tangan penonton ini berlangsung seiring dengan program Melodi Raya yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Anugerah Melodi yang julung kali diperkenalkan menyaksikan lima kategori dipertandingkan iaitu Artis Dinamik, Artis Wanita Pilihan, Artis Lelaki Pilihan, Pasangan Pujaan dan Artis Sensasi.

Bekas pengacara Melodi, Fauziah Ahmad Daud muncul sebagai penerima Anugerah Khas Melodi di mana anugerah ini tidak melalui proses pengundian tetapi ditentukan oleh penjurian dari pihak produksi dan pengurusan Media Prima.

Senarai penuh pemenang Anugerah Melodi 2013:

Artis Dinamik – Zizan Razak

       

Kriteria: Mempunyai pencapaian baik dalam karier. Populariti yang semakin meningkat dan pernah memenangi sebarang anugerah serta menerima banyak tawaran drama, filem dan persembahan konsert. Artis cemerlang dalam kerjaya yang menarik perhatian! Dialah yang paling dinamik!

Artis Wanita Pilihan – Dato’ Siti Nurhaliza
Kriteria: Menarik perhatian di persada seni tempatan. Artis popular masa kini yang menjadi kegemaran dan sanjungan baik dari segi pencapaian dalam industri seni. Mempunyai cara, stail dan perwatakan peribadi yang terbaik!

Artis Lelaki Pilihan – Remy Ishak

       

Kriteria: Berketrampilan yang menarik perhatian. Bukan sekadar hebat dalam karier seni, malah menjadi idola dan ikutan ramai. Lelaki yang macho, bergaya, tampan dan maskulin!

Pasangan Pujaan – Awal Ashaari dan Scha Al Yahya

         

Kriteria: Pasangan suami isteri yang berkecimpung dalam dunia seni dan menjadi idola ramai masa kini. Menampilkan keserasian dalam perhubungan dan rumah tangga. Mereka kekal intim walau di mana sahaja dan tetap romantik di khalayak umum.

Artis Sensasi – Adi Putra
Kriteria: Dia sentiasa menjadi tumpuan lensa kamera. Ada sahaja cerita daripada media dan perkembangan darinya sentiasa menjadi topik hangat!

Anugerah Khas Melodi – Fauziah Ahmad Daud

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)