Anzalna Mohon Maaf Kepada Neelofa
Kemelut yang melanda dua pelakon muda, Neelofa dan Anzalna yang berlarutan sejak hampir sebulan lalu kini menemui jalan penyelesaian apabila Anzalna akhirnya bersetuju untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Neelofa, sebentar tadi.
"Saya Nur Anzalna Md Nasir, di atas nasihat Persatuan Seniman Malaysia dengan secara umumnya memohon maaf kepada Neelofa kerana mengeluarkan di Berita Harian pada 10 Jun lalu, di muka surat 10 yang telah menjejaskan maruah Neelofa serta keluarganya dan saya juga mengakui tidak ada bukti yang kukuh untuk menyokong kenyataan di Berita Harian pada tarikh tersebut.
"Sejujurnya saya mengakui saya tidak patut mengeluarkan kenyataan itu dan saya tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa. Kenyataan yang disiarkan di akhbar tersebut, saya sedar kadangkala perkataan dan apa yang kita sebut boleh dimanipulasikan oleh pelbagai pihak untuk tujuan masing-masing. Ia juga berkemungkinan akan mendatangkan aib serta menjejaskan orang secara langsung dan tidak langsung.
"Tuhan tidak mengajar kita untuk mengaibkan sesiapa dan dengan ini saya ingin memohom maaf kepada Neelofa. Saya tak nak perkara ini berpanjangan sebab ia akan lagi mengaibkan ramai orang," ujar Anzalna dalam kenyataannya pada sidang akhbar di Hotel Royale Bintang Damansara, kira-kira 1.40 petang tadi.


