Arrora Kepada Alloi - Kau Tak Menarik Lagi?
Kehangatan percintaan penyanyi Arrora Salwa dan bekas anggota kumpulan M-pop Max 24:7, Alloi yang sepatutnya diteruskan dengan satu ikatan sah pada 9 Jun ini nampaknya tidak menjadi.
Kurang seminggu sebelum berlangsungnya majlis pertunangan mereka, penyanyi "Ahmad" ini mengejutkan ramai termasuk bakal tunangnya sendiri apabila memutuskan untuk membatalkan majlis tersebut!
Alasan yang diberikan - kesibukkan kerja. Tetapi tegasnya, hubungan percintaan dengan Alloi masih utuh. GUA tak nak cerita panjang. Sebab jam 8.30 malam ini di Galaksi (TV9), Nas Ahmad telah berjaya mendapatkan temubual dengan Arrora. Jadi, dengarkan penjelasan dari tuan empunya badan.
Cuma yang menarik perhatian GUA, baru-baru ini Arrora telah melancarkan single keduanya berjudul "Kau Tak Menarik Lagi". Lagu tersebut sudah pun dimainkan di beberapa stesen radio. Harapan GUA, berita putus tunang ini bukan gimik Arrora untuk mempromosikan single-nya.


