Artis Lama Tiada Etika?

20 Jul 2012, 02:17pm   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Baru-baru ini, teman GUA pergi bercuti di sebuah pulau yang cukup terkenal di Terengganu. Ketika berada di lapangan terbang, teman GUA terserempak dengan seorang penyanyi wanita yang popular sekitar tahun 80-an dan 90-an.

Menaiki penerbangan di awal pagi, beliau ditemani seorang lelaki tidak pasti sama ada pengurus atau saudaranya. Dijadikan cerita, teman GUA ini pagi-pagi dah sakit hati dan mata apabila disajikan dengan aksi kurang beretika dari artis wanita berkenaan. Mana tidaknya, penyanyi ini dengan wajah selambanya duduk di tempat khas yang disediakan untuk golongan OKU dan juga warga emas.

Mungkin bagi orang bukan satu isu yang besar, tapi agak tidak manislah kerana waktu itu, ramai lagi yang berdiri di sekitar tempat itu yang berfikir banyak kali juga hendak duduk di situ. Ramai juga mata yang memandang penyanyi tersebut, mana tidaknya, pakai saja ‘vogue’, tapi duduk di tempat OKU.






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad