Artis Sahut Baik Penubuhan Barisan Artis Nasional

26 Apr 2012, 10:05am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Barisan Artis Nasional merupakan sebuah pertubuhan berasaskan kesenian dan hiburan yang menyokong serta membantu melaksanakan agenda pembangunan, kesenian dan masyarakat. Baru saja dilancarkan pada minggu lepas, pertubuhan ini dipengerusikan oleh pelakon serta pengacara, Dato’ AC Mizal dan sudah disertai lebih kurang 50 orang penggiat seni. Ikuti komen beberapa orang artis mengenai penubuhan Barisan Artis Nasional ini.

Danny X-Factor

Satu fenomena yang baru untuk rakan-rakan artis yang terlibat dalam persatuan baru ini. Saya dapat lihat dengan adanya persatuan ini, selain menawarkan kebajikan untuk artis, ia dapat merapatkan lagi silaturahim sesama artis yang sebelum ini sibuk dengan kerjaya seni masing-masing.

Isma AF

Barisan Artis Nasional merupakan salah satu persatuan yang bagus di mana di sinilah tempat dan peluang untuk artis kita menjalankan tanggungjawab sosial mereka dalam menyokong Kerajaan.

Amanda Imani

Ini merupakan kali pertama Amanda terlibat dalam program sebegini. Bagi Amanda, ia satu program yang dapat menyatukan semua penggiat seni dan ini satu cara yang baik untuk kami melakukan sesuatu kepada rakyat.

Maya Matahari

Selain menyokong Kerajaan, kita juga dapat melakukan aktiviti sosial bersama dengan rakyat. Di samping itu juga, kerana ia merupakan tahun melawat Perak pada tahun ini, jadi kita dapat berkumpul sama-sama dengan rakyat di sini dan melakukan aktiviti bersama. InsyaAllah, saya harap tahun depan kita dapat berkumpul di tempat-tempat lain juga.

Salamiah Hassan

Penubuhan Barisan Artis Nasional merupakan sesuatu yang bagus kerana dengan melibatkan artis, Kerajaan akan dapat lihat apa yang boleh mereka lakukan dengan para artis untuk aktiviti bersama rakyat. Kami akan sentiasa ada untuk menyokong Kerajaan dan saya harap Kerajaan juga akan turut menyokong kami.

Angelina Tan

Bagi saya, Barisan Artis Nasional melambangkan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum. Penubuhan persatuan ini menunjukkan kita boleh bergabung walaupun dari pelbagai kaum.

Andy Flop Poppy

Bila kita bergabung dengan Kerajaan untuk melakukan program kepada rakyat, saya rasa ia merupakan sesuatu idea dan kerjasama yang bagus. Selalunya kita sibuk dengan karier seni, jadi dengan menyertai persatuan ini, sekurang-kurangnya kita dapat melakukan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan bersama. Ini bukan sebab politik, tapi lebih kepada program kemasyarakatan. Lagipun, tanpa masyarakat, siapalah kami. Inilah masanya kami membalas jasa mereka yang selama ini menyokong kami.

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)