Artis Wanita Bomoh Komposer?

19 Jun 2012, 01:18am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Kisah bomoh membomoh ini bukan satu perkara yang asing lagi dalam kehidupan kita. Ada yang menggunakan khidmat bomoh untuk nampak cantik, ada juga yang guna bomoh untuk balas dendam malah pelbagai lagi agenda negatif yang dilakukan seseorang individu itu setiap kali berjumpa dengan bomoh.

Baru-baru ini, sewaktu sedang menikmati secawan teh, datang seorang kawan yang sudah agak lama juga tidak berjumpa. Sembang punya sembang, terkeluar satu cerita yang agak mengejutkan. Terkejut bukan apa, kerana tidak percaya dengan cerita yang disampaikan ke telinga GUA.

Menurut kawan GUA ini, sewaktu pulang ke kampung, jirannya yang juga merupakan kaum kerabat seorang bomoh popular di kawasan rumahnya itu ada memberitahu yang seorang artis wanita popular telah datang ke rumah saudaranya itu.

Dipendekkan cerita, kaum kerabat si bomoh ini memberitahu yang tujuan artis tersebut datang hari itu adalah kerana mahu mengenakan seorang komposer. Nak kenakan macam mana itu GUA tak tahulah, tapi menurutnya, artis wanita ini memang dah lama menaruh perasaan dendam terhadap komposer itu.

Entah apalah yang komposer itu pernah buat padanya dulu, sehingga artis tersebut sanggup berbuat begitu. Apapun, bagi GUA, janganlah sampai bomoh membomoh ini, sebab sekarang ini, setiap kejahatan yang dilakukan, Tuhan pasti akan bayar tunai. Jadi renung-renungkan.






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad