Astro Akan Pertimbangkan - Khairul Anwar Salleh

15 Jul 2012, 05:28pm   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Sementara itu, Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkenaan filem-filem yang layak bertanding, menurutnya Astro bakal mempertimbangkan penyertaan filem-filem bukan Melayu di Anugerah Blockbuster 2011.

“Pihak kami akan mempertimbangkan semula senarai filem yang layak bertanding di majlis Anugerah Blockbuster 2011. Penyertaan filem bukan berbahasa Melayu akan memperluaskan lagi penonton sasaran kami.” jelas Khairul.

Penerbit filem Pensil, M.Subash turut menyokong pandangannya mengenai syarat kelayakan untuk filem yang bertanding di majlis anugerah tersebut.

Terdahulu, Khairul mengakui bahawa majlis anugerah tersebut berkonsepkan  populariti dan tidak menolak andaian wujudnya persamaan dengan majlis anugerah antarabangsa seperti MTV Movie Awards dan People’s Choice Awards.

“Anugerah ini bersifat populariti dan diadili menerusi undian pilihan peminat. Secara tidak langsung, ia akan sama dengan majlis-majlis anugerah yang telah pun dianjurkan untuk penggiat seni antarabangsa. Majlis Anugerah Blockbuster 2011 disesuaikan mengikut citarasa tempatan.” tambah Khairul Anwar lagi.

 






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad