Awal - Scha Sah Suami Isteri

4 May 2012, 10:16pm   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Hanya dengan sekali lafaz, pasangan popular Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Syed Kechik (Scha), 29, dan Ahmad Awalluddin Ashaari (Awal), 30, sah bergelar suami isteri. Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM2,050 di Pullman Lakeside, Putrajaya kira-kira jam 9.15 malam tadi.

    

Selain mas kahwin, Scha turut menerima wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya berserta tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada set barangan Lazard Diamonds, sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sepasang persalinan, sepasang kasut Christian Louboution dan beg tangan Dior, kurma dan kek.

    

Manakala Awal menerima sembilan dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sebuah Mac Book, dompet Bottega Veneta, sepasang kasut Hermes, seutas jam tangan Cartier, sepasang baju Melayu, coklat dan kek.

    

Sebelum dinikahkan, pasangan ini diberikan khutbah nikah oleh Pegawai Agama, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Putrajaya, Ustaz Mohd. Salman bin Idris.

Dalam majlis yang hanya dihadiri oleh saudara-mara dan kenalan rapat ini, Scha dan Awal mengenakan sepasang persalinan berona putih rekaan Saiful Baharim.

    

Pasangan pengantin baru ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Ahad ini.

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)