BRTM 2012 - Hazami Suruh Fitri Cepat-Cepat Buat Single

10 Jun 2012, 03:20pm   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Setelah seminggu direhatkan, Bintang RTM 2012 kembali menemui penonton pada Sabtu, jam 9.00 malam. Konsert separuh akhir pertama ini menyaksikan persembahan daripada enam peserta iaitu Diandra, Firdaus, Charles, Aisha, Fitri dan Christine.

Di antara keenam-enam peserta itu, Fitri mendapat pujian paling membanggakan daripada ketiga-tiga juri iaitu Hazami (penyanyi), Muzaffar (Editor, GUA.COM.MY) dan Adnan Abu Hassan (Komposer) . Selain dikatakan mampu mengawal suara dengan baik, Hazami mencadangkan supaya Fitri tampil dengan single secepat mungkin kerana dia mempunyai aura seorang penyanyi.

Sementara, Firdaus menjadi satu-satunya peserta yang mendapat lampu merah apabila Muzaffar berpendapat dia tidak kreatif dan gagal menguasai pentas dengan baik. Selain itu, Hazami dan Adnan Abu Hassan juga tidak berpuas hati dengan persembahan jejaka dari Alor Setar, Kedah ini. Menurut Hazami, ketika Firdaus menyampaikan lagu ‘Yang Pernah’ , vokalnya tidak sehebat muzik. Manakala, Adnan Abu Hassan berpendapat Firdaus kena bijak menyesuaikan perasaan dengan lagu-lagu yang dibawakan.

Tiada sebarang menyingkiran berlaku pada minggu ini kerana pada minggu hapadan, enam lagi peserta akan menunjukkan kehebatan masing-masing iaitu Shalina, Shazia, Farhan, Aree, Hafsham dan Darren. Penyingkiran akan dilakukan pada 23 Jun hadapan di mana tujuh peserta akan disingkirkan sekali gus. Hanya lima peserta layak ke peringkat akhir.

Mengulas tentang format persembahan yang menampilkan Meen Tahrin sebagai pengacara di belakang pentas pada minggu ini, Penerbit Rancangan, Mohd Yusni Mohamed Ali memberitahu, pendekatan itu diambil bukan kerana mahu memenuhi masa program, tetapi ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada setiap peserta supaya sentiasa bersedia apabila berhadapan dengan pihak media.

“Kita tampilkan pengacara di belakang pentas itu bukan kerana kerana hendak meniru mana-mana program atau sekadar ‘tangkap muat’, tetapi kerana ingin mempersiapkan peserta supaya sentiasa bersedia apabila berhadapan dengan pihak media yang sering bertanyakan soalan. Sebab itu kita pilih Editor Media Hiburan, Meen Tahrin sebagai hos, bukan artis popular. Selain itu, kita juga mahu menghilangkan rasa gugup setiap peserta,” ulas Yusni mengakui  ada kejutan lain yang sedang dirancang untuk BRTM 2012.

BRTM 2012 bersiaran pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam di saluran TV2. Mereka yang berminat menyaksikan rancangan ini secara langsung, anda boleh ke Auditorium P.Ramlee di Angkasapuri, Kuala Lumpur sejam sebelum rancangan bermula.

Google Ads





Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad