BellaVita, Rumusan Resipi Kejelitaan Lofa & Ibu

19 May 2012, 10:54am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Pelakon dan pengacara, Neelofa bersama kakaknya, Noor Nabila, dan ibunya Noor Kartini, melancarkan produk minuman kesihatan dan kecantikan istimewa buat mereka yang ingin tampil cantik dan sihat. Produk yang dinamakan BellaVita ini adalah hasil penyelidikan selama setahun dan ia menggabungkan kaedah perubatan secara tradisional dan moden.

Menurut Lofa, BellaVita adalah cetusan ideanya bersama kakak dan ibunya sendiri. Mereka memilih minuman kesihatan untuk dipasarkan kerana ingin berkongsi amalan diet yang diamalkan sejak sekian lama.

“Sejak di bangku sekolah lagi, emak sudah latih saya mengambil makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan juga vitamin tambahan. Setiap kali bersarapan, meja makan kami akan dipenuhi dengan pelbagai jenis vitamin dan jus buah-buahan. Selain itu, emak juga sering bersenam untuk memastikan tubuh badannya sentiasa berstamina.

Jadi, saya percaya amalan pemakanan dan penjagaan kesihatan sangat menyumbang kepada penampilan seseorang. BellaVita ini boleh dikatakan rumusan penjagaan pemakanan saya, emak dan adik-beradik lain yang ingin saya kongsikan bersama peminat,” ujar Lofa yang ditemui ketika pelancaran produk ini di Royale Bintang, Damansara pada Rabu.

Dalam masa yang sama, Lofa juga memberitahu kebaikan BellaVita boleh dilihat dalam masa seminggu. Kenyataannya itu berdasarkan testimoni rakan-rakan rapat yang telah mencuba minuman ini terlebih dahulu.

 “Anda adalah apa yang anda makan. Jadi, ia bermakna kecantikan bermula daripada pengambilan makanan dan minuman. Setiap paket BellaVita mengandungi 5000 mg peptida kolagen marin premium dari Jepun yang berfungsi untuk menyokong keanjalan dan keremajaan kulit. Ia juga sangat bermanfaat untuk tulang, sendi, rambut dan kuku. BellaVita diformulasi dengan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di Perancis menerusi hasil penyelidikan yang bermutu tinggi. Ianya adalah sumber utama anti-oksidan untuk meningkatkan sistem pertahanan badan dan mencegah penyakit degeneratif.

BellaVita juga mengandungi Acai Beri dari Brazil, Resveratrol, Glutathione, Asid Hyaluronik, Asid Alpha-Lipoik, Ekstrak Biji Anggur, Ekstrak Manjakani, Ekstrak Kacip Fatimah dan Ekstrak Akar Maca dari Peru, yang amat berkesan untuk menjadikan anda lebih muda dan cantik. Campuran premium ini menggabungkan ramuan berjenama dan bermutu tinggi untuk membantu mengekalkan kecantikan luar dan dalam supaya anda dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan sempurna,” tambah Noor Nabila, Pengarah Urusan BellaVita pula.

Produk kesihatan dan kecantikan ini sesuai diminum oleh mereka yang berumur 20-an, 30-an , 40-an atau yang lebih berusia. Setiap kotak berharga RM179.

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad