Berita Gempar Peminat Rock Kapak – Rimba Bara Kembali!

8 Nov 2012, 12:01am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Fenomena rock 80an akan tercetus kembali pada tahun 2013! Jika anda seorang peminat rock mahupun peminat filem ber-genre komedi, maka tahun 2013 adalah satu penantian kerana sebuah filem berjudul ‘Rock Oo : Rimba Bara Kembali’ bakal bergema di pawagam!

Filem lakonan Que Haidar, Khir Rahman, Sofi Jikan dan Pekin Ibrahim ini merupakan filem yang ke-7 di bawah arahan seorang pengarah yang pernah mencetuskan satu fenomena ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’, tidak lain tidak bukan, Mamat Khalid.

Mengimbas kembali filem Rock pada tahun 2005 yang mengisahkan tentang perjuangan rockers kampung iaitu Rimba Bara yang bersemangat teguh untuk menempah nama di arena muzik tempatan yang akhirnya menjadi kenyataan.

Filem Rock Oo yang merupakan kesinambungan filem Rock, memaparkan kumpulan Rimba Bara yang telah berpecah kerana Zul Kapan (Sofi Jikan), selaku penyanyi utama telah berhijrah ke kumpulan lain manakala yang lain membawa haluan sendiri.

Amy Mat Piah (Que Haidar) yang memegang kepada prinsip ‘pantang anak petani moden mengaku kalah’ berhajat untuk menyatukan kembali kumpulan yang pernah menjadi kegilaan ramai, Rimba Bara dan dia berjaya memujuk Jijo (Khir Rahman), Slash Haji Tapah (Pekin Ibrahim) dan Mi Black (Azmi Black). Pelbagai rintangan yang harus dihadapi mereka apabila mereka mengambil langkah besar untuk ke kotaraya Kuala Lumpur demi memartabatkan kembali kumpulan Rimba Bara.

Turut menjayakan filem ini, Tasha Shila & Saiful Apek, Rock Oo menjanjikan satu kelainan dari segi mood filem ini yang akan membawa penonton ke zaman 80an. Bukan sahaja itu, peminat-peminat Que Haidar dapat menyaksikan aktor yang berbakat ini kembali ke layar perak dengan lagak bintang rock yang pasti dapat mencuit hati penonton.

Sempena itu, Grand Brilliance ingin melancarkan teaser trailer filem Rock Oo  dengan sentuhan kasar Mamat Khalid.

Teaser trailer Rock Oo : Rimba Bara Kembali

http://www.youtube.com/watch?v=-iGhaLYD_9I

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad