Best In The World Musim Kedua Bermula 11 Julai!

6 Jul 2012, 11:12pm   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Bermula 11 Julai ini, rancangan 'Best In The World' akan kembali untuk musim keduanya jam 9.30 malam setiap Rabu eksklusif di saluran hip 8TV!

Musim pertama telah menjelajah ke empat buah negeri untuk mencari keunikan dalam pelbagai hidangan yang enak. Tahun ini, kru produksi melangkah dengan lebih luas untuk mencari masakan paling lazat untuk tatapan anda. Ya, 'Best In The World' musim ke-2 akan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak!

Malaysia merupakan sebuah negara yang cukup unik yang terdiri dari berbilang bangsa, adat dan agama, dan tidak menghairankan ia mempunyai pelbagai jenis makanan yang lazat. Dari masakan Melayu hingga ke masakan India, setiap hidangan mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi bahan dan rempah-ratus yang digunakan. Salah satu sebab ramai pelancong gemar ke Malaysia kerana keenakan makanan pelbagai rasa di negara kita.



Musim ke-2 'Best In The World' juga akan menghidangkan kepada anda tiga episod khas iaitu ‘World Flavours’, ‘People’s Choice’ dan ‘Raya Special’ yang pastinya memaparkan makanan yang cukup enak!

Pengacara yang terkenal dengan karakter ‘gila-gila’, Razif Hashim akan bersama anda selama 13 episod.

Untuk info terkini, layari laman sesawang www.8tv.com.my/bitw2 atau ikuti Twitter dengan hashtag #bitw2. 8TV juga boleh ditonton menerusi saluran Astro 708. Kini anda juga boleh menonton rancangan 8TV kegemaran anda menerusi ‘Catch Up’ di www.tonton.com.my atau ikuti www.facebook.com/8TVfb, www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad