Betul Ke Estranged Tak Buat Show Amal?

11 May 2012, 01:04pm   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Di ruangan GOSIP semalam, GUA telah menyiarkan cerita tentang sebuah kumpulan yang didakwa telah menolak tawaran seorang penganjur untuk terlibat sama dalam satu projek amal - 'Kami Tidak Buat Show Amal Sekarang!'

Yang membuatkan pihak penganjur terkilan apabila kumpulan itu dikatakan telah menolak dengan kata-kata yang mampu membuat sesiapa saja sentap - "We don't do charity these days".

Ramai pembaca GUA yang dapat meneka siapa band yang dimaksudkan, iaitu Estranged.

Bukan hendak memihak kepada sesiapa tetapi GUA sudah beberapa kali berurusan dengan Estranged dan pihak pengurusan mereka. Jadi, sukar untuk GUA percaya mereka akan membalas dengan sebegitu rupa.

Bila diselidik lebih lanjut, GUA mendapat tahu Estranged akan terlibat dalam satu persembahan amal Ahad ini di The Bee, Publika, Solaris Dutamas. Acara Come Together bertujuan untuk mengumpul dana buat pemuzik tempatan Alda Evan Tan.

Jadi, kalau ada yang nak tuduh Estranged sudah besar kepala sampai tak melibatkan diri dalam apa jua aktiviti amal, tak masuk akal, bukan?






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad