Bront Mohon Maaf Jika Menyinggung Mana-Mana Pihak

1 Jun 2012, 12:03am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Pengarah Ombak Rindu, Osman Ali yang pernah menggegarkan panggung melalui filem romantisnya itu kini bakal mencipta kontroversi dengan karya terbarunya, Jiwa Taiko.

Salah satu adegan yang dilakonkan oleh Bront Palare dan Nadiya Nisaa dijangka bakal menjadi buah mulut kerana mungkin sedikit menyentuh sensitiviti masyarakat terutama masyarakat Melayu.

“Awal-awal lagi saya ingin meminta maaf jika babak lakonan kami itu menyentuh mana-mana pihak,” kata Bront Palarae ketika di temui di tayangan perdana filem Jiwa Taiko di Cathay Cineplexes Cineleisure Damansara.

Bront menambah yang dia dan Nadiya telah berbincang mengenai adegan tersebut sejak menjalani penggambaran Ombak Rindu. Dia menegaskan yang babak tersebut cuba dilakonkan dengan seimbang berserta teknik kamera yang berkesan demi menjadikan babak lebih realistik, walaupun kurang bersentuhan, sebenarnya.

Menyentuh mengenai babak yang dirasakan begitu sukar untuk dilakonkan, Bront merasakan adegan bertarung menggunakan parang sebenar dengan Remy Ishak agak mencabar. Malah, sampai terkeluar percikan api ketika adegan itu dilakonkan.

“Abang Osman agak teruja bila nampak parang tu berlaga dan menghasilkan api, jadi dia meminta kami untuk memberikan lebih lagi,”katanya.

Bront bakal muncul melalui filem Psiko arahan Namron terbitan Film Macca yang mengisahkan seorang kanak-kanak yang didera oleh ibunya sejak kecil yang menjadi punca kepadanya membesar menjadi seorang pembunuh.

Google Ads





Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad