Bukan Kerana Gelaran Bintang Paling Popular

19 May 2012, 11:04am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Pemilihan Aaron Aziz sebagai duta YourGurt bukanlah kerana dia baru menyandang gelaran Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2011 tetapi kerana ciri ‘lelaki keluarga’ atau ‘family man’ yang dimilikinya.

“Perbincangan sudah lama dijalankan sebelum saya memenangi anugerah tersebut dan saya juga menyokong kuat anak Melayu yang inovatif dan ingin berjaya,” kata Aaron di sidang media tandatangan perjanjian di Tanjung Lounge, PWTC baru-baru ini.

YourGurt adalah produk keluaran tempatan yang diilhamkan oleh syarikat bumiputera. Hampir 90 peratus kandungan diasaskan daripada estrak buah-buahan yang rendah lemak dan rendah kalori.

Selain ‘Frozen Yogurt” atau ‘Froyo”, jenama YourGurt juga turut mengeluarkan minuman seperti milkshake, milk tea dan ice blended pelbagai perisa. Konsep restoran mengenengahkan nilai-nilai kekeluargaan dengan setiap outlet yang bakal dibuka menyediakan ruang permainan untuk kanak-kanak.

Aaron yang juga merupakan bapa kepada tiga cahayamata ini dikatakan memenuhi ciri-ciri yang dicari YourGurt dan menjadi inspirasi buat semua yang meminatinya. Kerjasama yang terjalin merupakan satu jodoh yang sangat cocok.

Padanan dengan YourGurt juga kononnya sesuai dengan status Aaron sebagai Bintang Paling Popular tetapi masih kekal mengamalkan gaya hidup yang sama sebelum dan selepas popular serta bersih dari gosip-gosip liar.

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)