Corat-Coret Konsert Akhir Mentor 6

11 Jun 2012, 10:34am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

1.    Rupa-rupanya kejadian kasut Zatul yang patah itu dimulai dengan tersadungnya Zatul ketika hendak menaiki tangga bagi memulakan persembahan solo beliau. Nasib Zatul baik, kerana tangan beliau berpaut pada pemegang tangga berkenaan. Kalau tidak, tak tahulah apa sudah jadi pada Zatul.
2.    Penampilan Nabila Suhaimi dalam setiap persembahan Zatul mendapat perhatian penonton. Lagak Nabila yang bersahaja cukup untuk menghidupkan karakter ibu ayam yang dibawa beliau. Tidak hairanlan Johan As’ari pun turut mengucapkan tahniah kepada Nabila menerusi laman Twitter beliau.
3.    Turut memeriahkan persembahan Zatul ialah Amran Ismail selaku polis manakala Johan Raja Lawak membuat kemunculan istimewa di akhir persembahan Anas menerusi lagu miliknya sendiri, Hanya Dirimu.
4.    Pemuzik-pemuzik bagi persembahan Hanya Dirimu juga turut mengenakan rambut afro ala Anas!
5.    Pija yang hadir selaku juri awam kelihatan menghayati persembahan KJ sewaktu menjayakan persembahan bersama-sama Zamani. Mungkinkah Pija dapat merasakan nyanyian KJ?
6.    Penyokong Caroline ternyata menggamatkan suasana Stadium Malawati, Shah Alam menerusi sorakan yang dilihat paling kuat antara penyokong yang hadir.
7.    Mentor 6 juga mencipta sejarah tersendiri apabila hampir kesemua protégé yang bertanding menghadapi masalah kesihatan.
8.    Walaupun jam sudah menunjukkan jam 2 pagi, para peminat Mentor 6 masih lagi menunggu di perkarangan stadium untuk mengambil gambar bersama protégé pilihan mereka.
9.    Ramai juga peminat Mentor 6 yang tidak mempunyai tiket mencuba nasib untuk masuk juga ke dalam stadium.
10.    Sekali lagi, protégé Ella berjaya untuk trending di laman sosial Twitter. Caroline berjaya membuktikan populariti yang beliau miliki bergerak seiring dengan bakat beliau.

Google Ads





Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad