Datuk Siti Nurhaliza Puji Kyoto Protocol

4 May 2013, 12:12pm   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Percubaan penuh risiko Kyoto Protocol dengan menampilkan pemain keyboard mereka yang berbangsa Perancis, Gael yang menggantikan Fuad sebagai vokalis untuk mengalunkan semula lagu malar segar irama Pop Yeh Yeh berjudul 'Tak Mengapa' ternyata membuahkan hasil apabila persembahan mereka mendapat respon yang begitu baik daripada barisan juri dan para penonton di pentas Versus 2 minggu keempat.

Juri jemputan, Datuk Siti Nurhaliza memberikan respon yang cukup positif mengenai sususan semula lagu yang begitu menarik dan di atas elemen kejutan yang mereka sampaikan dalam lagu tersebut.

Band Kyoto Protocol mungkin agak asing bagi segilintir peminat seni tanah air, namun selepas kemunculan mereka dalam rancangan realiti Versus 2 di TV9, nama mereka sudah mula meniti bibir peminat. Kumpulan muzik yang dianggotai oleh lima orang pemuda ini menarik minat penggemar muzik tempatan dengan persembahan mereka memukau penonton dan mendapat respon positif daripada barisan juri saban minggu.

Menemui Kyoto Protocol usai persembahan minggu keempat yang bertemakan 'Yeah Yeah Yeah', mereka beranggapan bahawa semua kumpulan yang bertanding merupakan pesaing hebat.

"Setiap band mempunyai elemen tersendiri yang cuba untuk ditonjolkan, dan setiap band bersaing dengan hebat dalam Versus 2," kata Hairi selaku gitaris mewakili kumpulan Kyoto Protocol.

Melihatkan daripada komen positif barisan juri setiap minggu dan sambutan hangat daripada penonton, Kyoto Protocol boleh dikatakan tampil konsisten dalam pertandingan ini. Minggu ini, mereka memberikan kelainan dalam persembahan mereka dengan menampilkan Gerhana Ska Cinta, yang telah menambahkan elemen 'horn section' dalam lagu 'Tak Mengapa', nyanyian asal Datuk A Rahman Hassan.

"Setiap minggu Kyoto Protocol akan cuba memberikan 110% dalam setiap lagu yang disampaikan, baik untuk susunan semula muzik dan juga persembahan," jelas Hairi lagi. Kyoto Protocol yang juga baru sahaja tampil dengan single terbaru mereka, 'KL I Love You' akan memastikan setiap nasihat yang diberikan oleh juri pada setiap minggu akan mereka gunakan sebaik mungkin.

Diharap Kyoto Protocol dapat mengekalkan momentum yang ada untuk mereka bersaing menjadi yang terbaik dalam pertandingan Versus 2 ini. Bagi mereka yang terlepas menonton persembahan mantap mereka pada minggu ini, anda boleh melayari portal www.tonton.com.my untuk menonton semula pentas keempat Versus 2. Selain itu, anda juga boleh ikuti perkembangan Versus 2 melalui radio rasmi, Hot FM, Muzik Paling Hangat!

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)