Disney XD Di Malaysia!

17 Jul 2012, 10:05pm   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Bermula 15 September depan, tepat jam 7.30 pagi, kanak-kanak di seluruh Malaysia mempunyai satu lagi pilihan saluran yang telah direka khas untuk keperluan mereka.



Memberi tumpuan pada kanak-kanak berusia 6-14 tahun, Disney XD merupakan saluran antarabangsa kanak-kanak yang pertama dalam pakej asas Astro. Ia boleh didapati dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin dan Tamil. Lebih menariknya, ia merupakan saluran kanak-kanak pertama yang turut boleh disaksikan melalui Astro On-The-Go.





Disney XD merupakan usahasama antara Walt Disney Company Southeast Asia dengan Astro, dan Malaysia adalah negara pertama di rantau Asia Tenggara untuk melancarkannya.

Perkhidmatan 24-jam ini boleh diperolehi dalam definisi biasa “SD” (Saluran 617) dan definisi tinggi “HD” (Saluran 637). Ia menawarkan gabungan siri Disney XD asli ('Motorcity', 'Tron Uprising', 'Kickin It', 'Kick Buttowski - Suburban Daredevil'), filem aksi/penerokaan ('Prince of Persia: The Sands of Time', 'The Avengers', 'Tron Legacy', 'Pirates of the Caribbean', 'The Sorcerer's Apprentice'), animasi dan anime ('Heroman', 'Voltron Uprising'), hiburan sukan ('Ninja Warrior') dan kandungan tempatan ('Supa Strikas').





Disney XD turut akan menjadi tumpuan bila kesemua siri superhero Marvel dari Spiderman, Iron Man ke Hulk, Thor dan Captain America akan disiarkan melalui segmen Marvel Universe. Antaranya, 'Ultimate Spiderman' yang akan disiarkan buat pertama kalinya di Malaysia dan 'Iron Man - Armoured Adventures.

Disney XD merupakan saluran ketiga Disney di Astro selepas Disney Channel (Saluran 615) dan Disney Junior (Saluran 613).

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)