Dynas Tidak Lupakan Lakonan

22 Jan 2013, 12:00am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Kehadiran pelakon tinggi lampai, Dynas Mokhtar ke Listerine 21 Challenge baru-baru ini telah menjadi perhatian pihak media kerana dia sudah agak lama tidak beraksi di kaca televisyen. Ada sumber mengatakan Dynas sudah tidak ingin berlakon kerana sibuk menguruskan butik DNA dan keluarganya. Kesempatan bertemu Dynas baru-baru ini membuka peluang kepada GUA untuk mendapatkan penjelasan  lanjut.

“Siapa kata saya tak berlakon? Saya masih lagi aktif berlakon, cuma saya kurang muncul di kaca televisyen kerana sibuk menguruskan hal-hal berkaitan dengan butik dan juga keluarga. Memang saya kurang berlakon tetapi itu bukanlah bermakna saya terus senyap dan tidak aktif dalam dunia lakonan,” ujar Dynas.

Tambah Dynas lagi, pada penghujung Januari ini dia akan terlibat dengan penggambaran drama bersiri berjudul ‘Bangkitnya Seorang Wanita bersama-sama Anzalna dan Dato’ Eizlan Yusof .

“Buat pengetahuan semua, saya akan memasuki set penggambaran untuk slot Samarinda pada minggu hadapan. Drama berjudul ‘Bangkitnya Seorang Perempuan' itu mengisahkan kehidupan seorang wanita yang berjaya dan suka menolong orang lain. Dalam masa yang sama, dia  mempunyai suami yang liar dan konflik berlaku apabila suaminya mula tidak pulang ke rumah. Saya akan berlakon bersama-sama dengan Dato’ Eizlan Yusof, dan Anzalna,” ujar Dynas yang turut memaklumkan kemungkinan judul drama tersebut akan berubah.

Dalam perkembangan lain, bisnes butik milik Dynas, DNA, kini semakin berkembang. Terbaru, butik khusus untuk ibu hamil dan bayi ini telah dibuka di Setia City Mall dan juga di Dataran Pahlawan Melaka.

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)