Ella Bakal Bernikah 7 Julai Depan

29 Jun 2012, 12:27pm   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Ratu Rock negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin hari ini mengesahkan yang dia bakal bernikah dengan seorang juruterbang, Azhar Ghazali pada 7 Julai depan.

Ella yang berusia 46 tahun berkata majlis pernikahannya itu bakal diadakan secara tertutup di kediaman keluarganya di Klang, Selangor.

"Alhamdulilah akhirnya apa yang diperkatakan sebelum ini, persoalan bertahun-tahun yang diajukan kepada saya sudah ada jawapannya.

"Doakan yang terbaik dan semuanya berjalan lancar," ujarnya.

Majlis resepsi pasangan itu bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 1 Disember depan.






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad