Erra Fazira Kongsi 12 Rahsia

23 Oct 2012, 12:12am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Siapa tidak mengenali aktres cantik ini yang pernah menyandang gelaran Miss Malaysia 1992. Namun, kali ini Gua 12 ingin membongkar 12 perkara yang tidak ramai ketahui mengenai Erra Fazira. Ikuti senarai  ini untuk lebih mengenali pengacara rancangan bual bicara Primadona ini.

1.    Erra sangat rimas dengan perkara-perkara yang ‘girly’. Baginya, dia bukan seorang wanita yang terlalu lemah lembut.
2.    Pada waktu malam, Erra mesti tidur dengan memakai sarung kaki.
3.    Erra lebih selesa dengan fesyen yang lebih kasual, ringkas tapi ‘rugged’.
4.    Erra sangat berdisiplin lebih-lebih lagi apabila melibatkan kerja. Sekiranya rakan sekerja tidak profesional, Erra mudah mengamuk.
5.    Merupakan seorang pencinta makanan tapi tidak suka makan banyak.
6.    Erra masih memiliki motorsikal berkuasa tinggi dan menunggang motorsikal berkuasa tinggi masih menjadi hobi Erra.
7.    Seorang ‘shopaholic’. Erra gemar membeli-belah tapi kebanyakan barang yang dibeli, tidak dipakai.
8.    Sekiranya membeli barang-barang dapur, Erra suka membeli dalam kuantiti yang banyak untuk simpanan selama beberapa bulan.
9.    Salah satu habit Erra sebelum tidur adalah bermain iPad.
10.    Walau sibuk bagaimanapun, Erra harus mencari masa terluang untuk dikongsi bersama anak perempuannya Engku Aleesya.
11.    Erra merupakan seorang yang mementingkan kesempurnaan.
12.    Ada satu sudut di rumah Erra dipenuhi dengan pelbagai koleksi kasut. Anggaran kasut yang dimiliki Erra mencecah ratusan pasang.

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)