Fasha Sandha Sah Bergelar Isteri Jejai

27 Apr 2012, 10:28pm   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Dengan dua kali lafaz, pelakon Nur Fasha Sandha, 28 tahun, selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan Toh Muda Rizal Ashram (Jejai) Ramli, 36 tahun.

Upacara melafaz akad nikah pasangan itu berlangsung pada pukul 9.45 malam di Window of KL, Tingkat 30, Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Hassan bin Hj Moideen. Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berjumlah RM8,888.88 sementara jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Pihak pengantin lelaki turut membawa 7 dulang hantaran iaitu beg LV, alat solek, telefon Galaxy Tab, sebentuk cincin, coklat dan dibalas 9 dulang hantaran berisi kasut, sejadah, buku Terima Kasih Tuhan, tali pinggang, tali leher, alat perapian lelaki, sebentuk cincin, tepak sirih dan coklat oleh pihak pengantin perempuan.

Fasha mengenakan baju kurung moden berwarna putih yang direka oleh Rizman Ruzaini dan ditatarias oleh jurusolek Saidatul Nisa. Manakala Jejai mengenakan baju Melayu lengkap bersampin.

Fasha mengenakan baju kurung moden yang direka oleh Rizman Ruzaini dan ditatarias oleh jurusolek Saidatul Nisa. Manakala Jejai mengenakan baju Melayu lengkap bersampin.

Perkahwinan ini merupakan perkahwinan kedua buat Jejai setelah berkahwin dengan pelakon Nora Danish pada 20 Jun 2006. Pasangan itu bercerai pada 12 Ogos 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal Ramli.

Pihak penganjur mengenakan kawalan ketat buat lebih 300 tetamu jemputan khas. Hanya tetamu yang membawa kad jemputan bernombor sahaja dibenarkan masuk selepas ditebuk oleh penyambut tetamu.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah bapa pengantin lelaki Tan Sri Ramli Ngah Talib, ibu pengantin perempuan dan keluarga.

Antara rakan artis yang hadir seperti Tomok & isterinya, Linda Onn, Rebecca Nur Islam & suami, Maria Farida, Faradhiya, Nur Aliah Lee serta Didie Alias.

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)