Fauziah Gous Pilih Tema Romantic English Garden

28 May 2013, 12:00am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Jika sebelum ini GUA pernah melaporkan yang  Fauziah Gous belum lagi membuat sebarang persiapan untuk perkahwinannya, tiba-tiba hari ini melalui akhbar Berita Harian, Fauziah Gous tampil memberikan kenyataan yang dia bakal bertunang dengan kekasih hati, Zhafran pada Sabtu ini.

Apa yang membuatkan wanita ini berubah fikiran? Bagi mendapatkan jawapan, GUA telah menghubungi Fauziah Gous untuk mendapatkan penjelasan.

“Sebelum ini memang saya pernah menyatakan saya belum membuat persiapan untuk perkahwinan kerana tuntutan kerja. Tetapi semuanya masih dalam perancangan. Saya baru sahaja menghabiskan penggambaran bagi sebuah telemovie dan tiada tawaran lain buat masa ini, lantas saya ambil masa ini untuk membuat persiapan pertunangan saya,” ujar pelakon yang pernah tampil dalam drama bersiri ‘Tahajjud Cinta’ di samping Nur Fazura dan Remy Ishak ini.

“Persiapan pertunangan untuk hantaran, pelamin dan dekorasi tempat majlis akan dilakukan oleh Nas Great Idea. Hidangan untuk tetamu pula daripada Pak Engku. Lokasi pertunangan pun keluarga saya yang pilihkan. Jadi semua persiapan telah pun dilakukan. Boleh dikatakan semuanya hampir siap, tinggal ada sedikit perkara yang perlu di ‘touch-up’ menjelang hari pertunangan nanti,” jelas Fauziah yang memilih tema Romantic English Garden untuk majlis yang bakal berlangsung pada 1 Jun ini.

Mengakui dirinya sudah bersedia untuk bergelar tunangan orang dan seterusnya bergelar seorang isteri, Fauziah mengakui dia berasa gembira menantikan majlis Sabtu ini.

“Mungkin akan rasa gementar dan gemuruh pada hari berlangsungnya nanti, tapi setakat ini saya rasa gembira dan tak sabar untuk menantikan detik manis itu. Saya pun seorang yang ‘family oriented’ dan suka menghabiskan masa di rumah. Jadi saya rasa sudah sampai masanya untuk saya melangkah ke peringkat yang seterusnya dalam hidup saya,” ulas Fauziah.

“Saya berdoa dan berharap agar semuanya baik-baik sahaja dan berjalan lancar. Ramai orang kata, di fasa pertunangan banyak halangan dan dugaan, saya harap selepas bertunang nanti hubungan kami akan menjadi bertambah erat dan ikatan pertunangan ini akan membawa berkat sehingga ke jinjang pelamin,” ulas Fauziah mengakhiri perbualan.

Google Ads


Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)