Fizo Sudah Sedia Berkahwin

19 Feb 2013, 02:25am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

“Saya dah bersedia untuk hidup berkeluarga,” ujar pelakon serta pengacara, Fizo Omar ketika diminta mengulas mengenai tahap keseriusan hubungan cintanya dengan kekasih hati, Asmidar Jaafar atau lebih mesra dengan panggilan Haas.

“Hubungan kami memang serius ke arah perkahwinan, tapi soal jodoh, saya tak berani nak cakap lebih-lebih. Kami tak berani nak letak tarikh bila kami akan berkahwin. Namun masing-masing sudah bersedia ke arah itu. Kalau diikutkan perancangan, mungkin sebelum umur saya 30 tahun, tetapi biarlah masa yang menentukan,” ujar Fizo berterus-terang.

Fizo yang ditemui ketika sidang akhbar anjuran Arlief Event & Management ini turut memberitahu bakal berjumpa dengan keluarga teman wanitanya itu tidak lama lagi. Ketika ditemui, jejaka berusia 28 tahun ini turut melahirkan rasa syukur kerana hubungan cinta mereka yang baru berputik sejak beberapa bulan lalu ini diterima baik oleh kedua-dua belah pihak keluarga.

“Saya kenal Haas menerusi kawan sejak lebih setahun lalu dan kami mula rapat dalam tiga bulan ini. Alhamdulillah hubungan kami berjalan dengan lancar setakat ini. Ibu saya juga sangat fleksibel dan dia tidak kisah saya berkawan dengan sesiapa pun. Bagi ibu, dia hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya.
 
Ibu juga ada menasihati saya agar kenal dulu betul-betul  pasangan kerana menurutnya, kita hanya boleh nampak perangai sebenar seseorang apabila sudah berkawan lebih enam bulan. Saya gembira kerana hubungan kami direstui kedua-dua belah keluarga dan InsyaAllah, saya juga akan berjumpa dengan ahli keluarga Haas tidak lama lagi. Namun, bukan sebab mahu merisik, tapi lebih kepada mengeratkan lagi silaturrahim dengan ahli keluarga teman wanita,” ujar Fizo.

Menyentuh mengenai keistimewaan gadis kelahiran Kedah itu, Fizo berkata memiliki minat yang sama dalam bidang perniagaan merupakan salah satu faktor dia tertarik serta boleh serasi dengan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan di Universiti Lim Kok Wing itu.

“Kami mempunyai persamaan serta minat yang sama di mana kedua-dua kami adalah ‘business minded’. Dia mempunyai perniagaan sendiri dan kami banyak bercerita mengenai hal perniagaan. InsyaAllah, kami juga ada perancangan untuk menjalankan perniagaan bersama-sama kelak.

Selain itu, kami juga boleh dikatakan satu kepala. Saya minat sukan permotoran dan dia tidak kisah untuk menemani saya ke litar. Bagi saya, dia bukan saja teman wanita saya malah boleh dikatakan kawan baik saya juga. Lagipun, tarikh lahir kami selang sehari di mana dia 18 Julai manakala saya 19 Julai dan mungkin sebab itulah yang boleh membuatkan kami serasi dan selesa bersama.”

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad