Gambar Still Filem Rock Oo

11 Jan 2013, 12:00am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Pada 28 Februari depan, filem yang sudah lama dinantikan ramai, 'Rock Oo' akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia. Akhirnya, peminat filem 'Rock' akan ketahui kesudahan kumpulan rockers kampung Rimba Bara sejak diperkenalkan hampir lapan tahun lalu.

Dibintangi Que Haidar, Khir Rahman, Sofi Jikan, Pekin Ibrahim dan Norazmi Bahron, 'Rock Oo' - arahan Mamat Khalid - melihat kumpulan Rimba Bara yang telah berpecah kini bersatu semula atas azam dan kata-kata semangat Amy Mat Piah (Que Haidar): “Pantang anak petani moden mengundur kalah”.

Semangat ahli kumpulan Rimba Bara terpupuk semula dan mereka bertekad untuk meneruskan perjuangan di ibukota dan di kampung. Mereka harus mencari jalan penyelesaian untuk setiap rintangan yang datang bagi merealisasikan impian mereka untuk menjadi kumpulan rock yang terkenal di persada seni tanahair.

Berjayakah Rimba Bara mencapai impian mereka? Anda perlu nantikan jawapannya pada 28 Februari ini. Sehingga itu, GUA sajikan kepingan gambar still yang telah diambil ketika penggambaran.

Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai 'Rock Oo', sila ke laman Facebook Rock Oo di www.facebook.com/rockoo.rimbabarakembali. Trailer filem boleh ditonton di laman Youtube Grand Brilliance di http://www.youtube.com/gbsbteam : Rock Oo Official Trailer #1.

           

           

           

           

           

           

            

           

           





Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad