Hafiz Menang Besar Di Anugerah Planet Muzik 2013

19 Oct 2013, 12:20am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Bendera Malaysia berkibar dengan megahnya di Anugerah Planet Muzik (APM) 2013 apabila anak-anak seninya meraih pulangan besar di majlis tahunan tersebut, terutamanya Hafiz yang bukan sahaja dinobatkan sebagai Artis Serantau Paling Popular (tahun lepas anugerah tersebut jatuh kepada Taufik Batisah) tetapi lagu "Muara Hati", duet-nya bersama Dato' Siti Nurhaliza yang ditulis Manusia Putih muncul sebagai Lagu Serantau Paling Popular dan Duo/Kumpulan Terbaik.

Najwa Latif dan Syamkamarul bersama SleeQ pula dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori Kolaborasi Terbaik untuk "Sahabat". Lagu "Masih Aku Cinta" nukilan Shila Amzah sendiri memenangi Lagu Terbaik Malaysia.

Senarai penuh pemenang APM 2013 seperti di bawah:

Artis Serantau Paling Popular:
Hafiz
Lagu Serantau Paling Popular: Muara Hati (Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza)
Lagu Serantau Terbaik: Harus Terpisah (Cakra Khan)
Vokal Terbaik Artis Baru Lelaki: Cakra Khan
Vokal Terbaik Artis Baru Wanita: Citra Scholastika
Artis Lelaki Terbaik: Judika
Artis Wanita Terbaik: Bunga Citra Lestari
Duo/Kumpulan Terbaik: Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza (Muara Hati)
Kolaborasi Terbaik: Najwa Latif, SleeQ & Syamkamarul (Sahabat)
Band Terbaik: NOAH (Separuh Aku)
Lagu Terbaik Malaysia: Masih Aku Cinta (Shila Amzah)
Lagu Terbaik Indonesia: Harus Terpisah (Cakra Khan)
Lagu Terbaik Singapura: Jangan Ganggu Pacarku (Aliff Aziz)
Lagu Singapura Paling Popular: Untuk Dia (SleeQ feat Najwa Latif)
Artis Singapura Paling Popular: Audionauts
Ikon Media Sosial: SleeQ
Nova Media Sosial: Hafiz Zainal
Penerima Khas APM 2013: Black Dog Bone

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)