Hari Bersejarah Fasha Sandha-Jejai
Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu tiba juga. Bukan saja oleh pasangan raja sehari tetapi para peminat. Malah rasanya tak salah jika GUA katakan seluruh pengikut industri hiburan tanahair sudah lama menantikan hari bersejarah hari ini.
Percintaan pelakon kontroversi Fasha Sandha dan Rizal Ashram atau lebih dikenali dengan panggilan Jejai sememangnya diuji dengan pelbagai krisis, tohmahan dan cemuhan. Namun nampaknya jodoh mereka tak ke mana jua.
Malam ini, majlis pernikahan akan diadakan di Crowne Plaza Mutiara. Jika anda ingin mendapatkan berita terkini tentang perjalanan akad nikah Fasha-Jejai, pastikan anda setia bersama GUA sama ada di Facebook (GUAMALAYSIA) atau Twitter (@Guamalaysia).
Sementara itu, GUA telah mereka satu laman khas buat anda yang ingin meninggalkan pesanan buat pasangan mempelai ini di http://bit.ly/JB2vCF
Melalui laman fanpage We Love Fasha Sandha, pihak admin telah berkongsi dengan peminat setia gambar-gambar dari majlis berinai kecil Fasha pada 26 April lalu di kediaman ibu Fasha di Ampang. Di sini GUA kongsikan sekeping. Untuk lebih banyak, sila ke http://www.facebook.com/welovefs

Dan yang terkini, gambar persiapan pelamin berinai Fasha.



