Hazlin Hussain - Dari 999 Ke Buletin Utama

10 Jan 2013, 12:56am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Perwatakannya tegas dan berkarisma dengan penampilan yang begitu meyakinkan apabila mengupas isu-isu jenayah - Itulah personaliti hos rancangan '999', Hazlin Hussain yang kini beralih arah menjadi salah seorang ‘anchor’ di Buletin Utama TV3.

Beliau mengakui tanggungjawab yang diberikan ini cukup mencabar dan sangat berbeza daripada menjadi seorang pengacara.

“Sangat berbeza kerana bila membaca berita emosi yang berlainan diperlukan. Sekiranya berita itu sedih, saya mestilah membaca dengan membawa intonasi dan mimik muka yang sedih. Apabila berita itu merupakan berita gembira, saya perlu menunjukkan saya gembira selari dengan berita tersebut.

“Berbeza pula dengan mengacara rancangan '999', di mana ketegasan sangat penting dalam menyampaikan maklumat kepada penonton. Saya sangat suka dengan rancangan '999' kerana banyak respon yang saya terima dari penonton yang suka dengan cara penyampaian saya, dan apa yang boleh saya katakan saya bersyukur dan berterima kasih kepada mereka yang menyokong,” ujarnya panjang lebar.

                                   

Gadis yang dicungkil bakatnya menerusi Pertandingan Gadis Melayu 2 ini telah dilamar oleh penerbit rancangan '999' untuk menjadi hos. Buat makluman pembaca semua, Hazlin berfikir beberapa kali sebelum menerima tawaran tersebut kerana tidak gemar dengan keganasan dan jenayah. Tetapi apabila beliau memikirkan sistem TV3 yang akan menukar pengacara bagi setiap musim baru, dia telah menerima tawaran tersebut. Akhirnya, dia begitu cintakan kerjayanya dan banyak pengalaman yang sudah ditempuhi selama bersama '999' sebelum ke arena 'Buletin Utama'.

Hazlin juga sempat berkongsi sedikit pengalamannya kepada GUA mengenai kes ugutan yang diterima sebelum ini ketika mengacarakan rancangan '999'.

“Dulu saya pernah diugut. Cukup takut apabila difikirkan kembali tetapi saya mengambil jalan berbincang dengan bos saya. Nasihatnya, mereka yang mengugut itu hanya ‘bercakap’, jadi tidak perlu dirunsingkan,” katanya mengakhiri perbualan pada petang itu.

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)