Ibu Hans Isaac Meninggal Dunia
Setelah dua tahun bertarung melawan penyakit kanser tahap keempat, ibu kepada aktor dan penerbit, Hans Isaac, Carmina Anciano Isaac telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8.35 pagi tadi, di kediamannya.
Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Hans menerusi laman Twitternya sebentar tadi. Baru-baru ini GUA ada mengeluarkan sebuah artikel mengenai Hans yang sanggup mengurangkan aktiviti seninya kerana mahu fokus menjaga serta meluangkan masa bersama ibunya yang sedang sakit. Ini kerana Hans merupakan anak tunggal dan sangat rapat dengan mendiang.
Menurut seorang wakil Tall Order Production Sdn Bhd, mendiang akan dibawa ke gereja pada hari Rabu ini manakala upacara pembakaran mendiang pula akan dibuat di krematrium sebelum upacara menabur abu dilaksanakan pada Khamis ini.
Takziah diucapkan kepada Hans dari kami di GUA.


