Ifa Tak Kuasa Maafkan Azwan Lagi

20 Jun 2012, 12:21am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Baru-baru ini GUA berpeluang menghadiri sesi rakaman program TV9, Galaksi Raya di rumah Pak Engku di Shah Alam, Selangor. Menariknya, program tersebut turut menjemput lima artis kontroversi iaitu Azwan Ali, Roslan Shah, Ieda Moin, Julfekar serta Ifa Raziah bagi bergandingan bersama pengacaranya, Ikhwan Hot FM dan Kiah Propa.

GUA tertarik dengan dua nama tetamu yang diundang hari itu iaitu Azwan dan Ifa. Setahu GUA mereka ini telah ‘berperang’ dan bergaduh di Twitter. Jadi, terlintas di fikiran GUA sama ada bolehkah mereka ini bertembung. Risik punya risik, rupa-rupanya Ifa terlebih dahulu meminta kepada pihak produksi untuk tidak meletakkan waktu penggambaran yang sama dengan Azwan kerana tidak mahu bertembung dengan rakan gaduhnya itu.

“Kalau boleh saya nak elakkan dari bertembung dengan dia sebab bukan dapat duit pun bila bertembung. Saya memang minta kepada pihak produksi supaya asingkan jadual kami kerana saya rasa itu yang terbaik,” ujar Ifa ketika ditemui GUA.

Ifa yang hadir di lokasi rakaman sebelah tengah hari walau bagaimanapun bertembung juga dengan Azwan apabila rakan mereka, Roslan Shah menarik Azwan untuk bertemu dengan Ifa. Di situ, berlakulah ‘drama’ antara mereka sehingga menarik perhatian orang di sekeliling.

GUA sempat bertanyakan kepada Ifa mengenai ‘babak’ bermaafan tersebut dan penyanyi tersebut memberitahu, “Itu semua ‘plastik’ saja. Ini bukan sekali dua kami bergaduh dan juga berbaik semula, dah banyak kali dah. Bagi saya tak perlu dah bermaafan, saya dah malas dan tak kuasa dah. Bila dah bermaafan, dia akan buat lagi.

“Bagi saya, kami ‘bermaafan’ pun sebab hanya untuk bekerjasama dan mempermudahkan kerja. Saya tahu dia seorang yang profesional. Tapi untuk rapat macam dulu, nak bermesra-mesra, saya rasa tak lah. Saya dah tahu perangai dia, kalau suka, dia okay, jika tak, dia maki kita. Apapun, saya harap, jika nak minta maaf itu biarlah ikhlas dan jujur dari hati dia,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Google Ads





Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad