Irma & Redza Selamat Diijabkabul

29 Jun 2012, 04:01pm   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Dengan hanya sekali lafaz, pelakon serta pengacara, Irma Hasmie Ibrahim kini sah menjadi isteri kepada Redza Syah Azmeer Datuk Mohd Radzuan, kira-kira jam 3.55 petang tadi. Pasangan yang dipertemukan di Kota Suci Mekah ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Ibrahim Othman dengan mas kahwin 3 dinar di hadapan Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Ustaz Muhd Redza di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Irma yang tampil ayu dengan persalinan rekaan Hatta Dolmat menerima 11 dulang hantaran manakala pihak lelaki menerima 13 dulang hantaran. Teruskan melayari GUA bagi mengikuti perkembangan selanjutnya mengenai majlis pernikahan kedua mempelai ini.

Google Ads





Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad