Izara Aishah Bakal Wajah Eksklusif Astro?
Nampaknya setelah mencipta nama besar menerusi drama bersiri Vanilla Coklat, pelakon Izara Aishah khabarnya telah disunting Astro untuk menjadi salah seorang artis eksklusif mereka.
Pertemuan secara rahsia yang berlangsung di Tingkat 2 Hotel Royale Bintang, Damansara pada Rabu lalu telah dihadiri seorang pengurus Astro dan Izara sendiri.
GUA yang secara tidak sengaja berada di tingkat tersebut tidak mengetahui butiran pertemuan itu, tetapi tentu sekali pertemuan sulit itu membincangkan sesuatu yang besar untuk kerjaya Izara.
Jika bukan pun wajah eksklusif Astro, pastinya ada projek besar yang menanti. Makin murah nampaknya rezeki Izara sejak akhir-akhir ini. Baru-baru ini, Izara telah dilantik sebagai jurucakap untuk jenama busana terkenal, Cosry Purple Label.
Sayangnya kelibat Izara Aishah tidak kelihatan di Majlis Berbuka Puasa dan Tayangan Raya anjuran Astro yang berlangsung di hotel yang sama pada malam tersebut.


