Kata GUA 2011: Pasangan Terhangat

9 Dec 2011, 02:35am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Tahun 2011 bukan saja meriah dengan pergaduhan artis (Artis Berperang di FB & Twitter dan Catfight 2011) tetapi ia tahun yang cukup bertuah bagi segelintir artis yang dilamun cinta.

Remy Ishak-Tiz Zaqyah

       

Pada 25 Oktober lalu, setelah lama para media dan orang ramai berspekulasi, Remy Ishak akhirnya mengakui dirinya sedang bercinta dengan Tiz Zaqyah. Berita tersebut disambut baik semua, yang sudah lama mengesyaki hubungan mereka bukan sekadar teman biasa.

Semuanya bermula lewat tahun lalu apabila mereka dilihat di luar set penggambaran, berjalan sambil berpimpin tangan. Siapa yang masih ingat lagi kehadiran mereka berdua di Moto GP Sepang 2010? Awal tahun ini, gosip antara mereka semakin kencang bertiup apabila ramai yang terserempak dengan mereka membeli-belah bersama. Siap ada mendakwa mereka tinggal serumah.

Tiz, bila ditemuramah GUA, memberitahu tidak sangka Remy akan mengeluarkan kenyataan sebegitu, namun mengakui gembira dengan pengakuannya. Malah menganggapnya sebagai hadiah harijadinya (pada 26 Oktober). Tambah Tiz, cukuplah jika peminat tahu mereka sedang bercinta tetapi mereka tidak mahu kecoh-kecoh kerana bimbang hubungan itu tidak berpanjangan.

Yusry-Lisa Surihani

       

Selepas perkahwinan bekas isterinya, Erra Fazira pada tahun 2007, ramai yang berharap Yusry dapat juga kembali mengecapi kebahagiaan kehidupan berumahtangga. Malangnya, di antara para artis wanita yang pernah digosipkan dengannya seperti Kilafairy dan Maya Karin, tiada seorang yang nampaknya berjaya menambat hatinya. Sehinggalah Lisa Surihani.

Hubungan mereka berjaya dihidu para media apabila kerap kelihatan bersama di majlis-majlis hiburan. Malah semuanya dikatakan terang lagi bersuluh ketika tayangan filem 'Seru', dimana Yusry dilihat memegang sambil mengusap tangan Lisa. Mereka berdua akhirnya sudi berkongsi cerita malah membenarkan jurugambar merakam gambar mereka bersama di majlis tayangan filem 'Karak'.

Rupa-rupanya, mereka sudah lama berkenalan tetapi hanya mula rapat sekitar April tahun ini. Meskipun mengakui mereka sedang menjalinkan sebuah "hubungan yang matang", Yusry enggan mereka dipanggil pasangan kekasih kerana "ia nampak macam budak-budak yang sedang bercinta monyet". Serius dalam hubungan ini, cuma ia masih terlalu awal untuk ke peringkat seterusnya walaupun masing-masing sudah berjumpa dengan pihak keluarga dan mendapat restu mereka.

Qi-Yuna

       

Dengan hanya mengemaskinikan status 'Relationship' di Facebook pada Mac lalu, Qi Razali sekaligus mengesahkan hubungannya dengan Yunalis Zarai.

Ramai yang sudah syak ada sesuatu di antara mereka berdua apabila dilihat begitu mesra ketika di Shout! Awards tahun lepas. Cuma bila ditanya, baik Yuna mahupun Qi waktu itu menjawab terlalu awal untuk menyatakan mereka sedang bercinta.

Dikatakan mula berkenalan apabila terlibat dalam rancangan 'Kawanku Bintang Coca-Cola', perpisahan Qi dan Julie Woon membuka ruang untuk mereka mengeratkan lagi persahabatan yang terjalin.

Shahz Jazsle-Miera Liyana

       

Kata orang, jodoh itu tidak akan ke mana. Cukup tepat sekali untuk menggambarkan perkenalan yang bermula sejak di bangku sekolah. Ketika itu, Shahz Jazsle sudah menaruh hati terhadap Miera Liyana. Tetapi disebabkan kawan baiknya turut menyukai Miera, Shahz terpaksa menyimpan dulu perasaannya.

Pernah digandingkan bersama dalam drama online GUA, 'Luna Fantasiku' (2008), mereka mula rapat dalam filem 'Rentaz', arahan Mamat Khalid, sekitar September lalu.

Saat ditanya apa tarikan Miera, Shahz memberitahu GUA dia baik dan tidak plastik. Tambahnya lagi, dia tahu ada yang tidak suka dengan hubungan mereka berdua tetapi dia tidak kisah.

Shahir-Rozita Che Wan

       

Benar, mereka sudahpun tiada lagi sebarang hubungan tetapi buat suatu ketika dulu, mereka pasangan yang cukup hangat. Hangat bukan saja dari segi populariti mereka ataupun penampilan Rozita Che Wan tetapi jurang usia 16 tahun di antara mereka.

Hubungannya dengan Shahir telah Cik Ta akui kepada akhbar Berita Harian pada Mei lalu, selepas setahun berdolak-dalih, gara-gara ada peminat yang tidak menyukai. Di dalam temuramah itu juga, dia ada berkongsi harapannya untuk melihat hubungan mereka berakhir di jinjang pelamin.

Namun bila ditanya status hubungannya dengan Cik Ta, Shahir enggan memberi jawapan yang jelas. Katanya dia tidak mahu terburu-buru dalam memberi kenyataan kerana takut ia disalah erti.

Peliknya, tak lama selepas itu, Cik Ta tidak mahu lagi dikaitkan dengan Shahir yang ketika itu dikatakan menghilangkan diri.

 

Sertai peraduan Kata Gua 2011 di sini

Google Ads


Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)