Kecewa Bercinta, Putri Mardiana Lepas Geram Di Litar Drift

30 Jul 2012, 12:48pm   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

(KREDIT FOTO – NADIA NAJIB)

Kelibat pelakon wanita ini seringkali dilihat membintangi filem bergenre seram seperti Sumpahan Kum Kum dan Keramat. Malah, naskhah pertama yang mengangkat wanita ini sebagai teraju utama di layar perak juga merupakan sebuah karya seram penuh mendebarkan, Santau. Putri Mardiana, pelakon berbakat ditemui GUA ketika majlis pelantikan rasmi beliau selaku Duta Produk Automobil, DCarbo2 di K Club, Taman Melawati kelmarin.

Menyentuh mengenai kehidupan peribadi wanita berusia 29 tahun ini, beliau mengakui kini kembali single dan belum berpunya. Setelah berpisah dengan kekasihnya beberapa bulan yang lalu, Mardiana meneruskan kehidupan bergelar anak seni dengan menyertai sukan permotoran drift.

“ Saya baru sahaja melibatkan diri dalam drift ini. Semuanya bermula apabila saya putus cinta dengan kekasih sebelum ini. Maka  saya mula menjinak-jinakkan diri dengan drift. Saya dah pun belajar beberapa teknik asas drift seperti Doughnut dan 8 Figure “.

“ Penglibatan saya dalam drift ini bermula disebabkan saya kecewa dalam percintaan dan saya sertai drift untuk lupakan semua kisah sebelum ini. Lama kelamaan, minat terhadap sukan ini timbul dan saya akui seronok dapat melibatkan diri dalam sukan mencabar ini “.

“ Setakat ini saya tidak mempunyai kereta drift sendiri. Insya-Allah, hujung tahun ini kalau ada rezeki. Sekarang saya main drift di litar Speed City yang terletak berdekatan Sungai Besi. Saya tidak juga menolak kemungkinan yang satu hari nanti saya akan melibatkan diri dalam pertandingan drift pula “, ujar Mardiana.

GUA teruja mendengar cerita pelakon wanita ini. Pastinya selepas ini, kemahiran Mardiana ini didambakan para pengarah khususnya bagi karya berbentuk aksi. Mardiana sendiri berhasrat untuk melakukan aksi stunt sendiri jika diberi peluang berlakon dalam filem sebegitu.

Berbalik kepada karier seni wanita ini, Mardiana masih lagi terlibat dalam bidang lakonan melalui drama dan telemovie. Beliau turut menerima tawaran untuk muncul dalam sebuah filem tahun hadapan dan Mardiana berharap agar kerjaya seninya akan terus berkembang.

Lebaran nanti, Mardiana akan menyambut hari raya Aidilfitri di Kuala Lumpur terlebih dahulu dan pada raya kedua, barulah beliau akan pulang ke kampung halamannya di Setiawan, Perak untuk beraya bersama anaknya yang terlebih dahulu beraya bersama bekas suaminya Syawal pertama.

Bercakap mengenai pelantikan beliau selaku duta DCarbo2, Mardiana gembira kerana diberi peluang berharga itu.  Produk pembersih karbon enjin kenderaan ini memberikan pelbagai kelebihan kepada pemilik kereta. Bak kata Mardiana, pemanduan akan menjadi lebih lancar dan menerusi teknologi biofuel, DCarbo2 mampu memberi anda penjimatan berganda. Selain Mardiana, pelakon Boy (Norul Iman) dan Gbob Raja Lawak turut sama dilantik menjadi duta produk tersebut.

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)