Kes Khalwat Shahrizal Jaszle Terus Jadi Bualan

19 Jun 2013, 03:03am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Nampaknya kisah khalwat Shahrizal Jaszle dan pasangannya akan menjadi bualan hangat sepanjang minggu ini. GUA ingatkan selepas tunang kepada Redzwani Puteri ini tampil membuat penjelasan, kisah khalwat ini akan terhenti begitu sahaja sehinggalah Shahrizal dibicarakan. Namun, lain pula jadinya.

Tanpa diduga, wanita yang dicekup bersama Shahrizal atau panggilan popularnya Shahz Jaszle tampil memberi kenyataan dalam program Melodi pada Ahad lalu. Tanpa mendedahkan identiti sebenar, wanita ini menyangkal dakwaan Shahz Jaszle yang mengatakan dirinya telah diperangkap. Sebaliknya mendakwa pelakon itu sering berulang-alik ke rumahnya serta mempunyai hubungan istimewa bersama hero filem Azura itu.

Terpukul dengan kenyataan wanita terbabit, Shahz sekali lagi tampil mengeluarkan kenyataan. Kali ini dia membuka mulut kepada akhbar Berita Harian. Jelas Shahz, wanita itu psiko dan sengaja mereka-reka cerita tentang hubungan cinta mereka, sedangkan perkara itu tidak wujud.

“Saya rasa dia psiko. Dia sengaja mahu memutuskan hubungan saya dengan tunang, Redzwani Puteri. Sebelum kes khalwat ini, memang dia ada berjumpa dengan tunang saya, untuk mendedahkan mengenai hubungan yang kononnya wujud antara kami. Tetapi, tunang saya tidak layan, malah tidak juga melatah,” ulas  Shahz.

Tambah Shahz lagi, dia akan mengadakan satu sidang media dalam sedikit masa lagi untuk menjelaskan segala galanya serta menjawab semua tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Dalam perkembangan terkini, Redzwani Puteri turut memberi komen tentang kemelut ini. Bagaimanapun, dia tidak mengulas panjang. Jelasnya, dia serahkan kepada Shahz untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Berhubung sidang media yang ingin diadakan oleh Shahz nanti, secara peribadi GUA menganggap adalah lebih baik Shahz lupakan sahaja. Ini kerana kes penangkapannya masih belum dibicarakan di mahkamah. Mungkin Shahz terlalu bimbang tentang reputasinya yang semakin tercemar, tetapi Shahz harus ingat akibatnya akan lebih teruk seandainya mahkamah mendapati dia bersalah selepas dia membuat pelbagai pendedahan bagi membela diri.

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad