Kinerase Atasi Masalah Penuaan Wanita Asia

13 May 2012, 12:06pm   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Walaupun penuaan merupakan proses semulajadi yang berlaku pada setiap manusia, namun realitinya setiap wanita pasti akan fobia berhadapan dengan masalah tersebut. Walau bagaimana cara pun kita cuba mengelaknya, namun penuaan pasti menjelma. Justeru, apa yang boleh kita lakukan ialah dengan melambatkan proses penuaan tersebut.

Kinerase merupakan satu-satunya produk penjagaan kulit profesional yang mengandungi kandungan optima ramuan istimewa yang dinamakan Kinetin (N6-furfuryladenine). Kinetin merupakan sejenis faktor pertumbuhan bio yang didapati secara semulajadi dalam ekstrak sel dan DNA manusia yang terbukti berkesan untuk melambatkan penuaan pada sel kulit manusia. Ia bukan sahaja melambatkan penuaan tetapi juga membantu menghalang perubahan selular yang dikaitkan dengan penuaan.

Kinerase ialah jenama utama di bawah Invida, syarikat peneraju dalam bidang penjagaan kesihatan di Asia yang memasarkan lebih 70 jenama di 13 pasaran berlainan di Asia Pasifik merangkumi pelbagai bidang seperti farmaseutikal, bioteknologi, penjagaan khusus dan terutamanya dalam bidang dermatologi dan kesihatan pengguna.

Peka dengan masalah yang dihadapi oleh para wanita, pakar peneraju jenama kosmeseutikal Kinerase memulakan misi untuk membantu wanita Asia mencapai keinginan memperolehi kecantikan kulit yang berkekalan dengan kajian klinikal terbesar di Asia, ‘Kajian Penjagaan Kulit Inovatif Kinerase’ (Kajian K.I.S.S). Kajian K.I.S.S merupakan kajian terulung yang dijalankan oleh jenama kosmeseutikal untuk masyarakat Asia bagi memberi keyakinan kepada pesakit dan pakar mengenai keberkesanan dan keselamatan Kinetin pada kulit orang Asia.

“Walaupun terdapat banyak kertas kerja klinikal antarabangsa mengenai Kinetin tetapi tiada kajian menyeluruh yang mengukur keberkesanan Kinetin terhadap kulit orang Asia. Kajian K.I.S.S ialah peluang untuk kita menguji keberkesanan Krim Kinerase yang mengandungi 0.1% Kinetin pada pesakit sebenar yang sedang mencari jawapan untuk melambatkan dan menangani masalah penuaan pada kulit mereka, di bawah pengawasan ketat dari doktor.

“Setakat ini, hasilnya sungguh menggalakkan. Walaupun penuaan tidak dapat dielakkan, kami akan mendidik pengguna tentang Kinetin dan cara penggunaannya yang betul untuk menambahkan lagi kehalusan kulit dan memperolehi kecantikan yang berpanjangan,” ujar Encik Cheah Chor Eng selaku Ketua Invida Malaysia dan Singapura.

Dengan formula bebas komedogenik, hipo alergenik, bebas bau, bebas warna dan bebas bahan anti kulat, Kinerase sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang mengalami masalah akibat sinaran matahari serta kulit sensitif termasuk ‘rosacea’.. Ia juga amat berkesan dan selamat untuk memelihara kulit selepas rawatan kecantikan. Rumusan Kinerase dengan tekstur yang halus dan anggun juga dapat memastikan setiap penggunaan adalah pengalaman pancaindera yang amat memuaskan.

Kini, produk Kinerase dipertingkatkan dengan formula rumusan khas kepakaran Jepun yang disesuaikan untuk keperluan penjagaan kulit Asia. Dengan Kinerase, setiap wanita boleh menjamin kulit mereka dengan lebih keyakinan untuk menghadapi masa depan. Kinerase membolehkan anda mengawal kulit anda dengan  perubahan positif  untuk kecantikan yang berkekalan.

Bagi yang berminat untuk mencuba produk Kinerase, sila layari laman web Kinerase www.kineraseasia.com.my untuk mengetahui alamat klinik di Malaysia yang menawarkan produk dari rumusan unik ini.  Kinerase yang didapati secara eksklusif di klinik dermatologi dan kecantikan ini adalah jenama pilihan yang sering disyorkan oleh doktor dan wanita yang prihatin.

Google Ads


Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)