Komen Finalis Pertama Kali Beraksi Di Pentas AJL

27 Nov 2012, 12:46pm   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

12 buah lagu telah pun terpilih mara ke Anugerah Juara Lagu 27 yang akan berlangsung Januari depan. Selain dari muka-muka  lama yang akan bertanding semula, edisi kali ini juga menyaksikan wajah-wajah baru yang bakal bersaing merebut kejuaraan anugerah berprestij itu. GUA berpeluang menemui finalis yang bakal menampilkan aksi sulung mereka di pentas AJL 27.

Mojo (Andai Aku Bercinta Lagi)
Kami bersyukur dapat mara ke peringkat akhir AJL kali ini. Terima kasih kepada semua peminat yang dah undi dan bawa lagu ini sampai sejauh ini. Walaupun vokalis kami (Aweera) selsema, Alhamdulillah kami dapat lunaskan tanggungjawab yang diberikan komposer.

Jimmy Palikat (Anak Kampung)
Banyak maklum balas yang saya dapat menerusi lagu ini. Segala komen yang saya terima di Facebook berkenaan persembahan saya pada peringkat separuh akhir lalu akan saya ambil secara positif. Saya akan melakukan persembahan yang lain dari yang lain pada malam kemuncak AJL nanti.

Bedroom Santuary (Lagu)
Sebelum ini orang tak tahu pun siapa penyanyi lagu ini. Sewaktu peringkat separuh akhir pun barulah krew tahu siapa penyanyi lagu ini. Biasa peminat dengar di radio sahaja. Menerusi AJL ini peminat dapat kenal insan seni yang ada dalam industri hiburan negara. Kalau minggu lepas kami buat secara akustik, peringkat akhir nanti kami akan bawa band kami khas untuk peminat semua.

Amir Jahari (Tanpamu)
Memang tak sangka lagu ciptaan saya ini dapat berpeluang bersama beraksi dengan mereka yang lain. Apa yang boleh saya katakan kita akan berikan persembahan terbaik. Saya mungkin akan bawa konsep dan versi Tanpamu seperti yang dipersembahkan dalam konsert Versus tidak lama dahulu. Cuma kali ini kita akan beri persembahan yang lebih memberikan impak besar dan berskala besar.

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad