Kongsi Kisah Kampung Di My Hometown Short Films

2 Jul 2012, 12:00am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Sebagai satu inisiatif untuk melahirkan pengarah yang kreatif, Astro menjemput rakyat Malaysia untuk berkongsi kisah kampung mereka menerusi filem pendek arahan mereka sendiri yang bertemakan ‘My Hometown’.

Inisiatif ini dilakukan sempena menyambut Hari Kemerdekaan tak lama lagi.

Menurut Ketua Projek ‘My Hometown Short Films’, Vincent De Paul, Astro sentiasa berusaha mengetengahkan bakat-bakat terpendam dikalangan rakyat Malaysia.

“Dua tahun lepas, Astro menjemput rakyat Malaysia untuk berkongsi kisah mereka mengenai perpaduan melalui program ‘My Story’. Tahun ini, mereka digalakkan menunjukkan bakat mereka dalam bidang produksi filem disamping berkongsi kisah yang menarik, pelik dan lucu tentang kampung mereka,” katanya di majlis sidang media My Hometown di Kota Damansara, semalam.

Rakyat Malaysia digalakkan untuk mengetengahkan elemen budaya, bahasa dan lokasi di Malaysia di dalam video filem pendek mereka yang panjangnya tidak melebihi 15 minit.

Video tersebut boleh dihantar ke Astro Broadcast Center di Bukit Jalil atau dimuatnaik secara talian di www.astro.com.my/myhometown.

Disamping itu, Astro juga mengetengahkan karya-karya kreatif daripada 14 pengarah filem muda yang memaparkan 14 filem pendek yang setiap satunya meliputi 14 negeri di Malaysia.

Antara 14 pengarah muda itu, Shamyl Othman (Selangor), Sharifah Amani (Kuala Lumpur), Rewan Ishak (Perlis), Adrian Lai (Melaka) dan Shanjey Kumar Perumal (Perak).

Video yang menarik dan kreatif termasuk 14 filem pendek itu akan ditayangkan melalui satu saluran yang didedikasi khas buat inisiatif ini, ‘My Hometown’ (saluran 318) dari 31 Ogos hingga 17 September 2012.

Google Ads





Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad