Kristal Tak Terima Komen Juri

6 May 2013, 05:02pm   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Dalam kehangatan demam pasca PRU 13 yang masih lagi dirasakan bahangnya, industri hiburan kita tidak juga terlepas dari cerita-cerita panas. Program realiti Versus yang kini sedang ditayangkan di saluran TV9 mencuri tumpuan saban minggu menerusi persembahan band-band yang cukup mantap.

Salah sebuah band yang bertanding, Kristal dilihat sentiasa cuba menampilkan persembahan berlainan saban minggu. Namun begitu, ada sahaja kritikan yang diberikan juri tetap terhadap mereka. Juri tetap menggangggap Kristal masih belum keluar dari zon selesa mereka. Bertemu vokalisnya, Land dan gitarisnya, Rody di belakang pentas selepas berakhirnya konsert keempat minggu lalu, GUA cuba mendapatkan komen kumpulan yang terkenal dengan lagu ‘Delaila’ ini.

“Minggu lepas masa juri cakap yang kami kembali kepada zon selesa kami, memang kami tak dapat terima. Minggu ini pula mereka kata kami masih berpegang kepada bunyi ‘rock kapak’. Kami rasa apa yang kami persembahkan sudah jauh berbeza berbanding muzik Kristal dahulu,” ujar Lan.

Lan turut merasakan komentar yang diberikan oleh juri bersifat berat sebelah. Menurut Lan, komen Dato’ Siti Nurhaliza tentang susunan muzik mereka pada minggu lepas adalah jenis komen yang diperlukan mereka untuk memperbaiki diri. Menurut Lan lagi, pengikut Kristal di luar sana sudah pun nampak perkembangan kumpulan ini. 

“Peminat-peminat kami sentiasa berikan maklum balas yang baik setiap minggu. Mereka kata ini bukan Kristal yang mereka kenal. Kalau nak tengok dari awal kemunculan Kristal sampailah sekarang, memang banyak perubahannya. Kami masuk Versus ini pun sebab nak cabar diri kami ,” ujar Lan lagi.

“Kita nak tunjuk apa yang Versus nak, bukan apa yang juri nak. Kalau nak kita ikut citarasa mereka sendiri, kepelbagaian band yang mereka nak tak akan adalah. Peminat sendiri pun cakap yang mereka sendiri dah tak kenal Kristal. Mungkin juri tak pernah dengar album-album kami yang terdahulu”, kongsi Lan lagi.

Menurut Rody, setiap kali mereka mendapat tugasan mingguan mereka akan libatkan semua ahli dalam memberi idea. Menurut mereka, gabungan pendapat mereka semualah yang membantu Kristal memberikan sentuhan tersendiri terhadap lagu-lagu yang perlu dibuat susunan dan gubahan semula.

“Apa yang kami minta agar juri bersikap lebih adil dalam menilai. Jangan kerana mereka suka hanya pada sesuatu jenis muzik sahaja, mereka menilai kami  dari sudut berlainan. Kami akui, tak semua yang kita rancang akan terjadi 100% di atas pentas. Sebab itulah, setiap minggu kami akan buat eksperimen tersendiri untuk hasilkan kelainan,” ujar Rody.

Akhiri Kristal, bukanlah niat mereka untuk menyalahkan juri mahupun menyatakan rasa tidak puas hati mereka cuma mereka minta agar usaha dan kerja keras mereka diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak juri.

Tidak mudah berpatah semangat, perjuangan kumpulan ini akan diteruskan lagi Jumaat ini menerusi tema lagu-lagu Dato’ Siti Nurhaliza. Jumaat lalu, Kristal menyampaikan lagu ‘La O Be’ di konsert keempat Versus yang mengangkat kegemilangan era lagu-lagu Pop Yeh Yeh sebagai tema.

Google Ads


Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)