KungFu Paradise Tawar Hidangan Ala Cina Halal

13 Aug 2012, 01:04pm   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Bagi masyarakat Islam yang meminati masakan Cina namun masih ragu dengan status halalnya, jangan risau. Anda kini boleh menikmati makanan Cina kegemaran anda tanpa was-was di Restoran KungFu Paradise yang terletak di Paradigm Mall, Kelana Jaya.

Selain menyediakan masakan ala Hong Kong, KungFu Paradise turut menawarkan hidangan istimewa Asian dan Barat termasuklah dim sum, burger, mee, roti bakar, salad, nasi dan banyak lagi. Menariknya, bersempena bulan yang mulia ini, KungFu Paradise turut menawarkan pakej istimewa Ramadhan, khas untuk masyarakat Islam berbuka puasa.

Bagi mereka yang ingin merasai gabungan sihat antara karbohidrat dan protein, anda bolehlah mencuba set ‘The Rice Warrior’. Sebagai pembuka selera, anda akan dihidangkan dengan Crispy Spring Roll, KungFu Master Salad, Seafood Tom Yam Soup dan Lava Egg. Dalam set ini, anda turut akan dihidangkan dengan Stir Fried Beef with Scallion dan masakan versi unik restoran ini iaitu Sweet and Sour Chicken. Set ‘The Rice Warrior’ turut dihidangkan khas bersama semangkuk Jasmine Fragrant Rice.

Selain ‘The Rice Warrior’, KungFu Paradise turut menawarkan set ‘The Knotty Noodles’. Apetiser seperti Crispy Spring Roll, Juicy Sotong Balls, KungFu Master Salad dan Seafood Tom Yam Soup pasti akan membuka selera anda. Menariknya, dalam set ini, anda turut diberi peluang untuk memilih pelbagai pilihan mee istimewa antaranya Dry Noodles with Chicken Chipolata with Egg, Dry Noodles with Chicken Ham, Dry Noodles with Chicken Chop, Dry Noodles with Shrimp Paste Chicken, Soup Noodles with Chicken Ham, Soup Noodles with Chicken Chipolata, Soup Noodles with Beef & Cuttlefish Balls serta Soup Noodles with Chicken & Mushroom.

Sebagai pelengkap, setiap set akan didatangkan sekali bersama air bandung dan kurma. Bagi pakej ‘Rice Warrior’, harga yang ditawarkan ialah RM 99.00* untuk lima orang dan RM 189.00* untuk 10 orang. Manakala set ‘Knotty Noodles’ pula RM 89.00* untuk lima orang dan RM 169.00* untuk 10 orang. Bagi penambahan orang, caj RM 19.90* akan dikenakan setiap seorang.

KungFu Paradise terletak di Lot 2F-21, Paradigm Shopping Mall, Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tempahan juga boleh dibuat menerusi talian 03-78875055. Untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari www.paradisefnb.com.my and facebook.com/KungfuParadise.






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad