Penyanyi Era 70an, Latif Ibrahim Meninggal Dunia

20 Feb 2012, 07:23pm   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Penyanyi era 70an, Latif Ibrahim, 61 tahun meninggal dunia hari ini pukul 6.05 petang di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Berita sedih itu disahkan oleh adik Allahyarham iaitu Datuk Khatijah Ibrahim.

Jenazah Allahyarham kini berada di IJN dan akan dibawa ke kediaman Allahyarham di No 1, Jalan AU 3/16B, Taman Keramat, Kuala Lumpur dan dijangka akan dikebumikan pada hari Selasa, sebelum solat Zohor.

Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari IJN pada Sabtu lalu.

Penyanyi yang juga pelakon filem itu dikenali dengan lagu Nora dan filem seperti Sumber Ilhamku.

Pelakon teater Terima Kasih Cinta itu masih belum menerima baki bayaran setelah dipentaskan genap setahun yang lalu di Istana Budaya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Masriah Mahadan, 57 tahun, dan dua orang anak iaitu Mohd. Hazriq, 35 tahun, dan Haznally, 34 tahun.

Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi saat duka ini dan takziah daripada GUA. Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Google Ads


Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)